Takhlukan Baru

GLAM Deko - - Diari -

Mac lalu, menyaksika­n pembukaan cawangan pertama gedung perabot terkenal dari Sweden, IKEA di kawasan utara Semenanjun­g Malaysia di Batu Kawan, Pulau Pinang. Cawangan ini menjadi takhlukan keempat IKEA di negara ini. Gedung IKEA Batu Kawan dibina seluas 470, 000 kaki persegi ruang komersil untuk memayungi lebih 8, 000 produk perabot dan aksesori rumah dan 49 ruang pameran, pasar dan restoran dengan tampungan 756 kapasiti orang. “Kami menjangkak­an ia akan menarik kira- kira 50,000 pelawat setiap minggu selepas pembukaan,” kata pengurus stor IKEA Malaysia, Arumugam Pathmaling­am. Gedung IKEA ini turut mempunyai kemudahan kawasan permainan kanak- kanak dan ciri panel solar photovolta­ic, tangkapan air hujan, peralatan pemulihan tenaga, tempat letak kereta untuk kenderaan mesra alam dan 1,950 tempat parker kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.