Koleksi Luar Kotak

GLAM Deko - - Diari -

Frédéric Chambre pakar reka bentuk yang menjadi rakan kongsi untuk rumah lelongan Calmels- Chambre- Cohen pada 1996. Chambre menubuhkan Pierre Bergé and Associates pada 2002 dan menjadi naib presiden pada 2005. Dia juga adalah penganjur bersama untuk penjualan koleksi Yves Saint Laurent and Pierre Bergé di Christie’s, Paris. Dalam buku the Impossible Collection of Design dia menggabung­kan pilihan reka bentuk perabotnya seperti bingkai fi lem, satu gambar epik memperliha­tkan pelbagai inovasi kreatif mencecah 100 tahun dalam bentuk bahan dan teknik. Edisi buku mewah ini turut menjejaki pembanguna­n reka bentuk abad ke – 20 bermula dari gerakan Art Nouveau dan Seni dan Kraf sehingga Bauhaus dan Art Deco, Pap Art, sekolah Memphis sehingga zaman digital hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.