Parti Teh Noritake

GLAM Deko - - Diari -

Mac lalu, Pavilion KL mengadakan festival gastronomi, Journey of Taste untuk pengunjung merasai dan menyentuh rasa dan tekstur sajian menarik dari lokal dan antarabang­sa. Sepanjang festival berlangsun­g, turut diadakan bengkel, penampilan selebriti dan promosi eksklusif. Kali ketiga festival diadakan, Pavilion KL teruja menganjurk­an parti minum teh bersama Noritake sebagai acara pembukaan di aras 6, Tokyo Street. Jenama pinggan mangkuk dari Jepun ini pertama kali membuka ruang pamer pop- up untuk pengunjung di Malaysia melihat koleksi pinggan mangkuk Carnivale dan banyak lagi dalam suasana menarik. Tetamu jemputan bersantai sambil menikmati hidangan minum petang bertemanka­n koleksi pinggan mangkuk indah Noritake.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.