TARIKAN ALAM SELANGOR

GLAM Deko - - Diari -

Selangor terkenal dengan keindahan landskap semulajadi yang kekal indah terpelihar­a. Bagi yang merancang percutian bersama keluarga atau teman- teman, terdapat banyak destinasi menarik yang ramai tidak tahu dan perlu dikunjungi apabila ke Selangor. Terokai Sky Mirror di Pantai Kuala Selangor; pantai ini hanya boleh diakses oleh pelancong dua kali sebulan yakni ketika tempoh bulan baru dan bulan purnama. Berlokasi 1.74 batu nautika dari pantai perkampung­an nelayan Jeram, di tengah- tengah Selangor, ketika air laut surut munculnya Sand Bar, anda dapat melihat kejadian unik “Salar de Uyuni” di Malaysia atau Mirror of the Sky. Bagi penggemar aktiviti lasak, singgah ke bandar Kuala Kubu Bharu, hanya 1 jam perjalanan dari Rawang untuk mencuba aktiviti ekstrem paraglidin­g, white water- rafting, mandi di air tejun Chilling dan bermain basikal lasak mahupun mendaki gunung- gunung. Jangan lupa menikmati aneka buah- buahan tempatan di Selangor Fruit Valley yang menempatka­n 150 spesies herba di taman herba, aktiviti menuai sayuran, melihat sendiri ladang memproses madu kelulut dan merasai pengalaman menored getah. Pelancong yang mahu bercuti di Selangor boleh menginap di Mövenpick Hotels & Resorts dibina berdekatan lapangan terbang KLIA dan KLIA2 dan pusat konvensyen KLIA. Dapatkan info dan maklumat lanjut di www. tourismsel­angor. my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.