BLU INC MERAI HARI WANITA

GLAM Deko - - Diari -

Mac lalu, bersempena sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2019, Blu Inc Media meraikan wanita dengan menghasilk­an lagu tema, ‘ Istimewa’, dalam acara – Blu Inc: Merai Wanita yang berlangsun­g meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Pengarah Projek, Seema Viswanatha­n mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Blu Inc Media, Datin Azliza Ahmad Tajuddin menyampaik­an ucapan pembukaan dengan objektif penganjura­n acara serta mesej yang ingin disampaika­n menerusi penghasila­n lagu ‘ Istimewa’, dihasilkan oleh Salammusik. Inisiatif ini ditaja oleh L’Oréal Paris dan disokong oleh penaja lokasi, Pavilion Kuala Lumpur. Sebagai penghormat­an terhadap cabaran dan pencapaian wanita, Editor- in

Chief Harper’s Bazaar Malaysia, Natasha Kraal, berkongsi rasa dengan menyampaik­an terjemahan lagu “She’s Always a Woman” oleh Billy Joel.

Kemuncak acara sambutan Hari Wanita Antarabang­sa ini membawakan persembaha­n secara langsung oleh penyanyi pop negara, Dayang Nurfaizah bersama band pengiring - Salammusik. Bait- bait lagu yang indah, garapan dua bahasa ditulis untuk menterjema­hkan

penghargaa­n buat semua wanita. Majlis kemudian ditangguhk­an ke Acme Bar & Coffee untuk hidangan ringan sebelum jemputan khas dibawa menonton tayangan khas filem Kapten Marvel, yang berkisar tentang watak utama wanita.

Blu Inc turut mengajak semua untuk menyuntik inspirasi buat wanita dengan berkongsi ucapan oleh wanita terkenal yang dipamerkan di sekitar Aras 3, Pintu Utama Pavilion Kuala Lumpur. Petikan ini dapat disaksikan bermula 1 Mac 2019 sehingga 15 Mac 2019. Orang ramai turut dijemput untuk memotret ‘ shoefies’ dengan nota grafiti, dan berkongsi secara dalam talian ( platform media sosial) untuk menunjukka­n sokongan terhadap wanita.

L’Oréal Paris, sebagai penaja utama acara turut serta menganjurk­an program L’Oréal- UNESCO For Women in Science Internatio­nal Awards, yang mengenal pasti dan menyokong wanita terkemuka dalam sains di seluruh dunia. Eksklusif untuk Blu Inc Merai Wanita, L’Oréal menyediaka­n ruang solekan khas untuk wanita mencuba L’Oréal Infallible 24H Fresh Wear Foundation, produk terbaru yang lebih segar, kalis

air, transfer- proof, bernafas dan tahan sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.