IDEA RUMAH TERBUKA

GLAM Deko - - Sejenak -

Di Kala Musim Perayaan, Ramai Yang Mengambil Kesempatan Untuk Merai Tetamu Merapatkan Silaturrah­im. Bukan Sekadar Menyusun Menu Hidangan, Aturan Konsep Merai Perlu Diambil Kira. Pilihan Tonasi Warna, Aksesori, Fabrik Perlu Selari Agar Mata Tidak Sakit Malah, Tetamu Bertandang Hati Berbunga

TIP Pinggan mangkuk

dan kutleri - pinggan plastik adalah a big no! Walaupun mudah dan cepat, gunalah koleksi pinggan mangkuk yang sudah lama tersimpan tidak terpakai anda itu. Sediakan dulang untuk pinggan mangkuk sudah dipakai agar tetamu tidak perlu melangkah ke dapur basah. Tisu atau napkin kain - Sediakan tisu secukupnya. Pilih jenis tebal dan bercorak jika ingin tampil bergaya. Gunakan napkin kain jika tetamu diundang berskala kecil atau keraian intim, menjadikan suasana lebih

elegan dan bercitaras­a. Fresh bloom - Bunga segar adalah instant makeover untuk kediaman. Sediakan gubahan bunga segar di meja makan, kaunter dapur dan konsol meja di ruang tamu. Pilihan bunga mawar, hydrangea, pom pom antara bunga penyeri yang sesuai digunakan. Boleh juga gunakan dedaunan atau pokok kecil didalam pasu. Outdoor entertaini­ng - Buka seluasnya pintu gelangsar atau tetingkap labuh apabila merai tetamu. Aturkan ruang dudukduduk di landskap taman kediaman atau di porch agar punya ruang tambahan buat para lelaki bersembang lebih selesa sepanjang majlis. Gunakan bangku, kusyen- kusyen atau ottoman sebagai ruang duduk tambahan. Jangan lupa sediakan bekas habuk rokok.

Penggunaan koleksi pinggan mangkuk yang menarik menambah selera pada mata malah hidangan istimewa terhidang indah di atas meja. Set minum teh daripada Pip Studio untuk minum petang. Idea menghias meja makan buat tetamu yang datang bertandang.

Pinggan bermotifka­n kuda koleksi House, Hermes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.