GALERI EDITOR

Ragam bentuk, material, menciptaka­n reka bentuk ergonomik, jaminan keselesaan dan praktikali­ti setiap rekaan, sentuhan pereka dunia.

GLAM Deko - - Contents -

Ragam bentuk menciptaka­n kelainan seiring fungsi sentuhan pereka ternama.

Kertas dinding oleh Silvia Stella Osella - diinspiras­ikan oleh reka bentuk tekstil Scandinavi­a dari era 50- an. Dibentangk­an di Maison & Objet Paris, IMM Cologne dan Salone del Mobile Milano 2019, terdapat dalam dua jalur warna.

Kabinet sisi Caruso by Miniform oleh Paolo Cappello – Kabinet direka bersekali sistem audio bersepadu. Tersedia dalam dua saiz dengan pilihan lampu LED.

Meja Liquefy reka bentuk organik yang mengambil warna dan urat batu marmar yang diselarask­an pada perimeter kaca. Oleh Glas Italia

Kerusi Ribbon Dance sentuhan Arkitek Fu dari Hong Kong untuk Louis Vuitton didedikasi­kan daripada tradisi lama dan gah jenama Louis Vuitton sejak 2012.

Kerusi Chowrie - diilhamkan oleh garis cekung cengkerang laut dengan inovasi teknologi buatan tangan menggunaka­n medium digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.