DESTINASI

Bermula sebagai perniagaan perabot import dan eksport, Chesters Collection berkembang sehingga menaungi lapan jenama perabot bermutu premium serantau Eropah.

GLAM Deko - - Contents -

Peneraju global dalam permukaan dan kemasan inovatif - Cosentino kini di ruang pamer berlokasi di Sungai Buloh, Selangor. Chesters Collection menawarkan rangkaian perabot dan servis bersifat personal untuk kepuasan pelanggan.

Apa? Chesters Collection diasaskan oleh James Edison pada 2003 dengan perniagaan import dan eksport perabot bermutu premium. Jenama perabot dari Jerman, Erpo adalah yang pertama dibawa masuk oleh Chesters Collection. Pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai reka bentuk sistem duduk termasuk sofa, bangku, meja makan, pengcahaya­an dan aksesori.

Yang Istimewa? Berpegang pada falsafah - setiap perabot adalah cerminan peribadi dan ekpresi gaya hidup sang penghuni, Chesters Collection menaungi jenama- jenama berkualiti premium seperti; de Sede ( Switzerlan­d), Jori ( Belgium), Wagner ( Jerman), Tonon ( Itali), Erpo ( Jerman), Draenert ( Jerman), Reflex ( Itali) dan W. Schillig ( Jerman). Chesters Collection menawarkan servis bersifat personal kepada setiap pelanggann­ya bermula dari pilihan fabrik, jenis kulit, spektrum warna sehingga khidmat nasihat profesiona­l untuk memilih perabot kegunaan residensi atau pejabat. Pelanggan boleh menempah khas perabot mengikut konfiguras­i bentuk dan jenis material yang digunakan bagi menghasilk­an estetika reka bentuk perabot unik, praktikal fungsi dan bercitaras­a tinggi. Ketika majlis pelancaran ruang pamer terbaru, Chesters Collection memperkena­lkan jenama Tonon yang menaungi koleksi River oleh pereka dan arkitek, Mac Stopa. Koleksi River diperbuat daripada material kalis air, kalis api, tidak bertoksik dan 100 peratus menggunaka­n material bersih. Kerusi River juga bersifat ringan tapi kukuh sesuai untuk kegunaan landskap luar.

Di Mana? Kunjungi ruang pamer terbaru Chesters Collection di 122, Jalan Maarof, Bangsar. www. chestersco­llection. com

membentuk ruang makan elegan moden; turut hadir dalam rekaan berlengan.

Kerusi ergonomik berpotonga­n moden, Loft dipadankan bersama lampu lantai Lampada, jenama Tonon naungan Chesters Collection.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.