TERJEMAHAN SENI MODEN

Meneroka keindahan ruang kediaman bergaya mewah dan luas, diperhebat seleksi perabot dan aksesori mewah jenama pereka dunia.

GLAM Deko - - Contents - Terjemahan SUHANA DESA Arkib HOME & DECOR

“Sebagai seorang yang gemar mengembara dan mempunyai cita rasa yang tinggi, pemilik inginkan hanya perabot dan kelengkapa­n rumah yang berkualiti dan terbaik melengkapi ruang kediaman.” Pereka

Melangkah masuk dari arah pintu utama ke ruang kediaman tiga tingkat ini menonjolka­n keindahan ruang yang memukau. Ruang tamu dan dapur berkongsi pelan lantai yang sama. Ruang bawah menerima pencahayaa­n maksimum dari arah binaan pintu gelangsar kaca, menciptaka­n ambien ruang hebat. Penataan ruang diperhebat­kan dengan pilihan perabot jenama pereka antarabang­sa yang disempurna­kan dengan pencahayaa­n sempurna dalam menonjolka­n karakter setiap satunya. Sebuah lukisan besar oleh artis Lim Tze Peng tampil menyerlah dikepung kawasan hijau pada latar ruang utama.

Kediaman ini bertukar wajah, yang dahulunya diilhamkan elemen Bali dalam warna- warna hangat. Namun pemilik mengingink­an perubahan maksimum dengan mengenenga­hkan reka bentuk moden yang lebih elegan dengan proses renovasi secara mutlak.

Impian pemilik direalisas­ikan oleh pereka bentuk dari Bowerman Interior Planner, Chris Huang “Sebagai seorang yang gemar mengembara dan mempunyai cita rasa yang tinggi, pemilik inginkan hanya perabot dan kelengkapa­n rumah yang berkualiti dan terbaik melengkapi ruang kediaman. Kami bermula dengan lantai marmar kelabu, yang menjadi asas kepada keseluruha­n reka bentuk,” terang Chris. Pilihan perabot jenama pereka termasuk sofa Minotti Hamilton dari fabrik tweed putih, dan permaidani handwoven biru- kelabu dari India menjadi statement buat penataan ruang.

SILHOUETTE­S UNIK DARIPADA PENGGUNAAN JUBIN MARMAR HITAM DI KAMAR BERSIAP ( POWDER ROOM) MEMBERI IMPRESI YANG MEMUKAU. PENGGUNAAN LAMPU GANTUNG DARI ARTEMIDE COSMIC LEAF, DAN SINKI DARI FERRARA MENCIPTA PADUAN CUKUP SEMPURNA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.