ILHAM

Dari mata turun ke hati terus menawan tunas rasa. Penggayaan di meja makan sering diambil enteng sedangkan perkara utama tatkala merai tetamu. Biarpun sekadar tea time, pastikan semuanya bersentuha­n indah teratur malah memudahkan kerja merai.

GLAM Deko - - Contents - Olahan Teks NADIA ZOLKIFLI Penata Gaya NONIE CHEN Gambar ANGELA GUO ARKIB HOME & DÉCOR SINGAPURA

Santapan bergaya bersentuha­n indah menawan tunas rasa.

Alami Elegan

Aksen marmar dan kemasan jenis matte adalah sentuhan klasik elegan yang tidak pernah hilang. Suntikan warna- warna pastel musim panas ungu lavender, biru disulami butiran malar segar seperti lekuk kasual menerbitka­n gaya moden.

Dari atas kiri; Set kutleri tembaga berkilau, cawan kopi multirona porselin matte, pinggan leper dengan lekuk ropol bersama mangkuk sepadan. Pinggan makan malam bercorak ira marmar dipadankan bersama pinggan berbentuk bujur. Pinggan bujur berwarna biru dan ungu berlekuk ropol dari Lovera Collection­s. Pasu merah jambu dan pasu kelabu seramik daripada Egg3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.