BICARA DEKO

Pembukaan semula ruang pamer Chesters Collection di Bangsar memberi peluang kepada saya berbicara, melihat perspektif reka bentuk moden organik dan inspirasi alam semulajadi pereka, Mac Stopa.

GLAM Deko - - Contents -

Interpreta­si organik oleh pereka Mac Stopa.

Pertama kali menjejakka­n kaki ke Malaysia, Mac Stopa sama sekali tidak tahu apa yang perlu dijangka. Terkenal dengan identiti reka bentuk moden, organik dan alami, Stopa terlibat dalam industri reka bentuk sebagai arkitek, pereka bentuk dalaman, pereka bentuk bentuk Massive Studio di Warsaw, Poland pada tahun 1996. Stopa telah berkolabor­asi bersama nama- nama besar antaranya Cappellini, Milliken, Nowy Styl Group, dan Tonon & C. Tidak pernah tenggelam dalam dunia moden dan digital, malah, Stopa menghargai revolusi zaman menerusi rekaannya tanpa

Boleh ceritakan mengenai latar belakang reka bentuk anda? Ibu saya memiliki Ijazah dalam seni dan bekerja sebagai perancang ruang untuk teater dan stesen televisyen. Ramai saudara saya juga adalah arkitek. Pada usia muda, saya minat melukis dan bakat saya terus berkembang seiring usia. Saya melakar ratusan lakaran lukisan tangan sejak menuntut di sekolah bahasa. Kemudian, tanpa ragu meneruskan pengajian ijazah dalam seni bina.

Apakah projek terbaru anda? Saya baru sahaja selesai berpindah ke ruang pejabat baru untuk Massive Studio di Marsaw, Poland. Saya merancang hampir semua elemen di lobi dan kawasan umum – yang mewujudkan aliran dinamik geometri organik di seluruh kawasan umum bangunan khususnya pada corak dinding, lantai, siling dan rekaan perabot. Ruang pejabat mengadapta­si ruang terbuka dan setiap kakitangan tidak mempunyai kubikel atau bilik tertentu termasuk saya. Saya turut membina bilikbilik tertentu seperti bilik telefon dan bilik mesyuarat.

Apakah inspirasi anda? Alam semulajadi kerana tidak pernah menghampak­an. Saya tidak pernah habis meneroka segala simetri alam termasukla­h pergolakan ombak, paten persisiran pantai sebelum dan selepas air pasang, garisan daun dan banyak lagi yang sentiasa membuat saya teruja. Saya juga obses dengan cetakan tiga dimensi ( 3D printing). Setiap tahun saya mengkaji dan membeli pencetak 3D baru dan belajar teknologi baru bersama pasukan untuk mencipta corak cakerawala baru. Saya melihar percetakan 3D untuk kegunaan pelbagai bahan dari polimer, konkrit,

logam, kaca dan material hibrid baru super- performanc­e. Melihat cara industri bertindak balas dengan percetakan 3D juga menarik. Meski kebanyakka­n pereka melakukan pendekatan tradisiona­l; buatan tangan, saya melihat dimensi peluang berbeza sekaligus menjadikan seluruh industri lebih pelbagai dan menarik.

Ceritakan mengenai kerusi River untuk TONON? Kerusi River mengadapta­si reka bentuk organik dan geometri 3D diilhamkan oleh pergerakan alam. Bentuk arca dan garis melengkung dibangunka­n daripada corak gelombang pasir pantai yang ditiup bayu angin dan bawaan air laut. Kerusi ini kalis cuaca dan dilengkapi sistem saliran air terbina bersepadu secara organik. Dibentuk daripada bahan Touch Soft Plus menggunaka­n acuan poliuretan­a, kerusi River bersifat ringan, mudah dialihkan ideal untuk kegunaan landskap luar.

Apa yang anda dapat lihat dan tafsirkan mengenai industri reka bentuk dalaman di Asia? Saya familiar dengan paten geometri seni bina Islam dan turut mengadapta­si ke dalam reka bentuk saya. Malaysia sebuah negara moden dan saya kagum melihat seni bina bangunan dan mercu langit. Pertama kali ke Malaysia dan saya teruja melihat kepelbagai­an warna dari segi masyarakat, budaya, sejarah dan reka bentuk bersatu di atas permukaan yang sama. Selepas ini, saya akan ke Pulau Pinang selama beberapa hari untuk melihat keindahan pantai dan mencuba teknik mencanting batik.

Lihat dan sentuh sendiri koleksi River untuk TONON di ruang pamer Chesters Collection, Jalan Maarof, Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.