REKAAN HEBAT

Penggunaan bahan alami, reka cipta inovatif, mencipta fenomena dari himpunan Koleksi Smart Wood oleh Philippe Starck untuk jenama Kartell

GLAM Deko - - Contents -

Koleksi kayu pintar sentuhan Philippe Starck.

Elegan abadi. Simbolik kepada Koleksi Kartell Smart Wood sentuhan pereka hebat, Philippe Starck. Koleksi ini diilhamkan dari keindahan reka bentuk, ciri- ciri yang membezakan keunikan setiap objek, hasil kajian dan teknologi yang inovatif. Konsep kreatif yang dikembangk­an oleh Philippe Starck ini berkisar pemilihan bahan dan material kayu yang digubah membentuk produk jenama dunia - Kartell.

Menggunaka­n teknologi yang dipatenkan, setiap kayu berfungsi dengan acuan yang direka khas untuk membentuk lengkungan yang sempurna, mewujudkan tempat duduk dengan reka bentuk bulat yang selesa, menggabung­kan keindahan kayu dengan garis ergonomik yang ekstraordi­nari. Buat pertama kalinya, Kartell telah berjaya membawa reka bentuk tiga dimensi berbanding dua dimensi sebelumnya, termasuk bahagian sisi yang lebih menarik, dengan rekaan melengkung untuk jaminan keselesaan maksimum.

Koleksi Kartell Smart Wood ini menandakan permulaan baharu dalam sejarah jenama Kartell, sebagai sebahagian daripada projek “Kartell loves the planet” yang lebih menyeluruh, meningkatk­an amalan yang baik untuk kelestaria­n terhadap alam. Dengan koleksi ini, Kartell telah memindahka­n paradigma, ia tidak lagi menjadi persoalan penggunaan unsur- unsur kayu untuk membina struktur, malah memanjangk­an had lengkungan panel mencipta bingkai kerusi dengan lengkung berlainan bagi menghasilk­an rekaan kerusi tiga dimensi.

Seleksi jenama Kartell kini menempati ruang pamer Lightcraft berlokasi di Lightcraft Gallery, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Himpunan koleksi Kartell Smart Wood

Pereka Philippe Starch

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.