SAJIAN

GLAM Deko - - Contents - Penyelaras SUHANA DESA Teks NADIA ZULKIFLI Arahan Seni UMAIR SHAHIMI Resepi MAMA SAN KL Gambar PATRICK

Autentik Asia membentuk barisan menu kulinari moden Asia di Mama San.

Rempah- ratus, bahan- bahan segar dari serantau Asia dimasak dengan teknik dan warisan turun- temurun menjadi taruhan gelanggang gastronomi ciptaan Chef Will Meyrick untuk Mama San. Gaya masakan jalanan orang Cina, Indonesia, India, Melayu, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam diperkemas­kan semula oleh Meyrick dalam membentuk barisan menu kulinari moden Asia di Mama San.

Mama San bertapak di Bali sebelum melebarkan sayap antarabang­sa pertamanya di kota metropolit­an Hong Kong kemudian, Kuala Lumpur. Antara menu enak mesti cuba adalah Salad Pomelo, Rendang Daging, Dendeng Balado, Ayam Sambal Hijau Padang, Ikan Siakap Masam Manis, Murtabak Kambing dan aneka jenis mee seperti Phad Thai, Radna dan Pho memikat selera. Buat yang mahukan rasa lokal, Nasi Lemak, Lontong dan Cekodok Pisang antara yang boleh dinikmati kala sarapan sehingga waktu minum petang. Strategik dalam pusat beli- belah Suria KLCC, menghadap landskap luar - air pancut, anda boleh memilih untuk duduk di luar sambil menghirup udara segar atau melabuhkan tubuh dalam interior cosy elegan. Mama San menterjema­hkan warnawarni gemilang kuliner gaya jalanan – atmosfera kesibukkan pasar- pasar dan lorong di sekitar kota Jakarta, Hanoi, Bangkok dan Delhi dalam interior restoran. Bibitbibit nostalgia era kolonial lama terlihat jelas menerusi hitam dan putih. Gabungan material kayu, tembaga dan kulit adaptasi gaya perindustr­ian moden.

Sekadar mahu melepaskan lelah selepas waktu kerja atau mahu bersembang panjang bersama teman- teman, aneka jenis moktel dan Mojito, Strawberry Smash dan Raspberry Pineapple Crush buat menyegar tubuh dan minda. Buat si mulut manis, pelbagai jenis kek dan pemanis mulut tersedia di kaunter bar termasuk kek Durian crepe menggunaka­n durian Musang King! dan kek lobak merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.