SEJENAK

Home makeover – ramai beranggapa­n ianya memerlukan kos dan masa yang banyak. Sebenarnya tidak! Ada beberapa perkara kecil namun masih memberi impak pada ruang kediaman boleh dilakukan oleh sang penghuni. Pokok pangkalnya, rajin atau tidak sahaja.

GLAM Deko - - Contents -

Sentuhan segar dan baru hasil make over ruang.

TIP Rearrange furniture and accessorie­s! – Hanya tukar kedudukan perabot lama dalam reka pelan yang baru. Ini seakan meniup semangat baru di dalam kediaman. Susun atur yang baru juga membantu penghuni mendapatka­n visual kediaman yang praktikal berpanduka­n gaya hidup dan aktiviti selancar. Kemasan Lembut – Tukar corak dan paten kemasan lembut seperti cadar katil, sarung kusyen, alas meja atau langsir dan bidai di dapur. Ini membolehka­n penghuni mencipta mood berbeza with little efforts setiap kali kemasan lembut bertukar warna dan corak. Accessoriz­ing! – Bermain aksesori. Keluarkan segala aksesori yang dimiliki seperti kaki lilin, dulang kek, dulang menghidang, lilin wangi dan play with it. Hidupkan meja kopi dengan susun atur dulang menghidang, koleksi buku berkulit keras diatur bertingkat dan lilin wangi. Hiaskan dulang kek dan penuhi balang- balang kaca dengan biskut enak, kemudian susun di atas kaunter atau dapur berpulau. Rak bertingkat – Jika dalam perancanga­n membina pantri atau membaik pulih ruang basuhan ( laundry area). Boleh cuba, trik mudah menambah rak bertingkat melekap pada dinding. Selain menambah unit penstoran, rak terbuka mencipta ilusi visual lebih kemas dan berkarakte­r. Tumbuhan Hijau – Doesn’t matter if it’s real or fake! Hadirkan tumbuhan hijau berstruktu­r renek merimbun seperti pokok ketapang, monstera atau pokok pisang. Atur tumbuhan di pojok ruang tamu atau kamar mandi. Pilihan tumbuhan hijau segar jenis ketapang dan monstera mudah dijaga dan tidak kompleks sesuai untuk mereka yang tidak memiliki ‘ tangan sejuk.’

Kabinet tembaga Ziggy, Swoon Editions bagaikan pancaran mentari di dalam kediaman.

Rak modular dengan binaan kiub petak daripada kayu dan sokongan kerangka metal putih untuk menyusun atur koleksi bacaan dan aksesori seperti pasu, lilin. Idea Produk

Sarung kusyen berwarna metalik perak dalam fabrik buat menambah tekstur dan warna pada ruang interior.

Dulang berkaki Le Creuset buat menghidang pemanis mulut atau boleh ditukar fungsi sebagai tempat letak kunci atau buah- buahan di kaunter dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.