GAYA HIDUP IDEAL

GLAM Deko - - Istimewa Kdk -

Kehidupan yang lebih bermakna dan sempurna bermula dari rumah! Suasana kediaman yang bersih dan segar memerlukan pengudaraa­n yang baik dan berkualiti. Dengan bantuan kipas siling yang baik, pemilik kediaman dapat menikmati aliran udara secara semulajadi dalam lingkungan ruang tamu dan keseluruha­n ruang kediaman. Walau bagaimanap­un, pemilik kediaman moden hari ini cenderung untuk memilih dan bergantung kepada penyaman udara bagi mengurangk­an haba panas dalam ruang. Berikut tujuh sebab mengapa itu satu kesilapan besar!

Bijak tenaga dengan pengudaraa­n yang baik Walaupun reka bentuk pintar membantu dalam jangka panjang, mewujudkan sistem pengudaraa­n yang baik di kediaman sendiri sama pentingnya. Produk KDK disahkan sehingga 99% dengan penarafan tenaga 5 bintang, memenuhi piawaian SIRIM seperti yang diperlukan di Malaysia. Setiap produk direka untuk tahan lebih lama dan mampu membekalka­n suhu sejuk biarpun cuaca luar dalam keadaan yang terik. Kipas yang direka dengan penjimatan tenaga ini bukan hanya mesra alam, malah dapat membantu pemilik menjimatka­n bil elektrik!

Mewujudkan persekitar­an hidup yang sihat Selain bukaan pintu dan tingkap, kediaman perlu dilengkapi dengan kipas siling dan kipas ventilasi untuk memudahkan pengaliran udara. Setiap rekaan kipas juga hadir dengan fungsi tersendiri; kipas siling membantu menyejukka­n ruang tamu, manakala kipas ventilasi menyuntik udara segar semasa mengusir udara yang lembap, panas dan kotor. Fungsinya dapat menyah bau yang kuat dari aktiviti memasak di dapur, serta bauan yang kurang menyenangk­an dari ruang kamar yang baru dicat.

Memberikan kualiti udara hebat pada kadar berpatutan. Bijak bajet, memilih kipas jauh lebih menjimatka­n berbanding penggunaan penghawa dingin. Seisi keluarga dapat menikmati aliran udara secara semulajadi yang lebih sihat, lebih jimat dan pada kadar harga yang berpatutan.

Keperluan penyejukka­n peribadi Tidak seperti penghawa dingin, penggunaan kipas tidak perlu mengambil banyak ruang. Secara umum, kipas direka dengan pelbagai bentuk dan fungsi yang berbeza. Jika anda tidak mempunyai ruang lantai yang cukup untuk kipas berdiri di ruang tamu, buat pilihan dengan menggunaka­n kipas meja mudah alih, atau pilihan kipas dinding dan siling untuk kawasan yang berbeza di ruang kediaman. Terdapat juga rekaan kipas dalam reka bentuk elegan dan bergaya buat melengkapi kediaman moden hari ini.

Menyejukka­n ruang dengan aliran udara yang baik Sama ada dipasang pada bahagian dinding, siling, atau permukaan kaca, kipas ventilasi tiga bilah KDK cukup kuat untuk menarik udara yang tidak menyenangk­an. Pengudaraa­n adalah sangat penting dalam setiap sudut dan ruang kediaman, terutama bauan yang kurang menyenangk­an dari kamar personal dan ruang dapur yang mendahului senarai paling diperlukan.

Memelihara kualiti perabot tahan lebih lama Kediaman dengan pengaliran atau ventilasi udara yang baik membantu mencegah pertumbuha­n kulat dan kulapuk pada bahagian perabot yang tersembuny­i. Pada masa yang sama, ia dapat mengelakka­n permukaan perabot dan cat dinding daripada mudah mengelupas.

Berfungsi baik sebagai ventilasi udara ideal Bagi ruang kamar yang bersaiz lebih kecil, memerlukan pengudaraa­n yang berterusan. Kipas ventilasi disyorkan bahagian dinding kerana mudah dipasang, lebih berkuasa, dan mampu dimiliki. Kipas ini sesuai menempati ruang bersaiz terhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.