PAKAR PERMUKAAN ALAMI

GLAM Deko - - Destinasi -

Cosentino kini muncul peneraju global dalam permukaan inovatif dengan hampir 110 ruang pamer seluruh dunia.

Apa? Bermula dari sebuah bengkel di Almeria, Sepanyol, jenama ini membangunk­an koleksi Silestone yang melancarka­n Cosentino sebagai perintis permukaan Quartz, kedua- duanya telah mula mengembang­kan teknologi mereka sendiri menggunaka­n batuan semula jadi. Kini, Cosentino berpusat di Sungai Buloh merupakan ruang pamer terbesar di Asia. Ruang interaktif baru ini menyuaraka­n sentimen mesra alam termasuk ruang pamer lain di seluruh dunia, dan menggunaka­n perabot tanpa plastik.

Yang Istimewa? Ruang pamer berkeluasa­n 46,607 kaki persegi, Cosentino Centre menawarkan himpunan kemasan terbaik yang berkualiti daripada quartz, marmar, granit, batu semula jadi, batu kapur dan travertine berkilat menonjolka­n ajnas warna, tekstur, dan ira semulajadi. Untuk membantu meningkatk­an kebebasan kreatif pereka dalaman dan arkitek, tiga jenama di bawah nama Cosentino - Silestone ® , Dekton ® dan jenama premium Sensa ® bakal mencetuska­n inspirasi dengan kombinasi bahan, konfiguras­i dan reka bentuk yang berbeza. Sama ada gaya klasik atau kontempora­ri, permukaan inovatif dan berteknolo­gi jenama ini mampu memenuhi keperluan projek sama ada kediaman mahupun komersil.

Di Mana? Cosentino berlokasi di Jalan TSB 8, Taman Industri Sungai Buloh, 47000 Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www. cosentino. com/ en- my/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.