STORAN SISTEMATIK

GLAM Deko - - Ruang -

Bina sistem unit penyimpana­n secukupnya meliputi kabinet, rak untuk menyimpan segala jenis stok kelengkapa­n kamar mandi, tuala dan ubat- ubatan. Sediakan bakul rotan berhampira­n pintu kamar mandi untuk susun atur segala jenis tuala mengatasi masalah ruang lantai terhad. Rak berpara terbuka sesuai untuk susun atur sabun, diffuser wangian, tuala muka dan tangan. Binaan kabinet bawah sinki digunakan untuk simpanan detergen pembersih dan berus basuh baju. Pilih bekas sabun bertutup agar sabun tidak kelihatan comot dan mengelakka­n air bertakung. Gunakan bekas sabun, berus gigi dari bahan semulajadi seperti kayu atau konkrit.

Kabinet kayu cerah dengan tombol material sama dilapisi permukaan jubin marmar.

Kabinet tergantung hanya menampung sinki untuk kamar mandi bersaiz kecil.

Kabinet kayu berira gelap untuk kamar mandi kontempora­ri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.