CAHAYA SEMULAJADI

GLAM Deko - - Ruang -

Pastikan reka pelan kamar mandi memiliki binaan panel tetingkap yang cukup. Selain, berfungsi sebagai sistem pengudaraa­n, tetingkap jenis kaca telus memberi laluan mudah buat cahaya matahari masuk. Limpahan cahaya matahari di ruang mandi tidak hanya mengoptimu­mkan visual pandangan, malah bertindak membasmi kuman menerusi sinar UV. Lantai kamar mandi juga cepat kering; mengurangk­an kemalangan di kamar mandi. Binaan panel tetingkap labuh berkaca telus dengan bingkai hitam untuk gaya minimalis. Pasangkan bidai atau pokok bersaiz besar agar privasi kekal terjaga. Saiz ruang terhad – boleh cuba siling lutsinar ( skylight) atau pasangkan pengcahaya­an seperti candelier Kristal bersaiz labuh.

Tab mandi diatur berdekatan tetingkap telus agar penghuni dapat mengirup udara segar saat berehat. Bidai kayu boleh digunakan untuk mengawal jumlah kemasukkan cahaya matahari.

Tanaman hijau jenis menjalar atau bersaiz tinggi berfungsi melindungi privasi kamar mandi.

Sistem pengcahaya­an lampu dinding dipasang dibahagian belakang cermin bersolek untuk efek dramatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.