SENSASI SEGAR

GLAM Deko - - Ruang -

Kamar mandi akan menghasilk­an bauan mendap dan hapak kerana sistem pengudaraa­n yang tidak lancar dan sentiasa berkeadaan basah. Hapuskan bauan tidak enak dengan apungan aroma alam. Ekstrak wangian pilihan tentunya bernota sitrus, musky dan herba kuat seperti bunga melur, ylang- ylang, lemon, cedarwood dan sandalwood. Apungan esen wangian boleh dilakukan menerusi diffuser tanpa elektrik. Elakkan penggunaan lilin wangi kerana akan merosakkan permukaan jubin dek kepulan jelaga hitam.

Pewangi ruang, Cactus Round A’Round, menebar nota aroma segar kaktus dan buahan sesuai untuk kamar mandi, pejabat dan ruang tamu.

Difuser Jo Malone mengapungk­an aroma bernota bunga- bungaan indah. Rangkaian pembersih dan pelembap tangan oleh Aesop.

Wangian Neom Make You Happy diadun dengan campuran kompleks tujuh minyak pati termasuk neroli, mimosa dan lemon untuk penghuni mengimbang­i emosi berasa lebih positif.

Diptyque’s 34 boulevard direka elegan berbanding lilin konvension­al.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.