NIK IDA IDENT3 SDN BHD

GLAM Deko - - Fokus -

Nik Ida Juliana adalah Ketua Pegawai berlokasi di Kuala Lumpur. Berbekalka­n pengalaman lebih 20 tahun dalam kedua- dua bidang seni bina dan reka bentuk dalaman, Nik Ida telah melaksanak­an pelbagai projek reka bentuk bukan sahaja di Malaysia tetapi juga projek antarabang­sa seperti di Kazakhstan, Dubai dan London.

Graduan lulusan Seni Bina dari Texas Tech University, Amerika Syarikat, Nik Ida pernah bekerja dan menjadi rakan kongsi di bawah Interior Design dan Azarch Internatio­nal. Pada tahun 2004, Nik Ida merealisas­ikan visi dan potensi dalam bidang reka bentuk dengan menubuhkan, Ident3 Sdn Bhd.

Falsafah Rekaan Saya tidak percaya hanya kepada satu rekaan kerana trend berkembang dan berubahber­ubah. Saya menggemari stail berbeza dan gabungan pelbagai gaya. Paling penting, proses pembelajar­an tidak pernah terhenti dan jangan mudah merasa puas dengan apa yang telah dihasilkan, kerana ia akan menjadikan anda terhenti untuk terus berkarya. Seiringkan fungsi dan praktikali­ti untuk hasil yang lebih sempurna. pada keadaan yang tidak dijangka. Jawapan yang lebih tepat ialah keadaan di mana saya boleh mengawal dan menguruska­n faktor luar tanpa diduga dan hasilnya menjadi sempurna seperti dirancang. Malah kemampuan untuk berhadapan dengan masalah juga faktor yang menentukan hasil yang diperolehi.

Sebagai seorang pereka dan kontraktor, berikan keutamaan kepada keperluan pemilik dan fahami kehendak mereka. Kenal pasti permasalah­an yang bakal dihadapi semasa proses ubah suai dilakukan. Perancanga­n yang tidak teratur akan memberi kesan kepada peningkata­n kos dan bajet pemilik. Justeru,

pemilik perlu memilih pereka yang bertauliah, pakar dan berpengala­man bagi mengelakka­n kesulitan yang perlu ditanggung di kemudian hari setelah proses renovasi siap sepenuhnya.

Bagaimanak­ah pemilik boleh mengelakka­n kesilapan dalam proses renovasi Pereka atau kontraktor yang bertauliah dan berpengala­man akan merancang proses renovasi dengan teratur dan sempurna mengikut fasa- fasa yang telah dipersetuj­ui. Komunikasi dua hala di antara pemilik dan pereka amat penting bagi memastikan kelancaran proses dan hasil yang diinginkan. Paling penting, pemilik perlu kenal pasti cita rasa, gaya hidup dan karakter peribadi sendiri sebelum menentukan konsep, gaya dan perubahan yang ingin dilakukan. Wujudkan komunikasi yang jelas dan perbincang­an secara terperinci bersama pereka.

Jangka masa yang ideal dalam menyiapkan proses renovasi Garis masa amat penting dalam proses renovasi. Ubah suai yang minimal melibatkan pemilihan perabot, dekorasi dan kemasan lembut. Kerjakerja penambahan dan pembinaan untuk bahagian kering atau bahagian basah ( terutama ruang dapur) berkisar dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

Kebiasaann­ya, pemilik perlu menetapkan tempoh masa sekitar empat bulan untuk permulaan sehingga siap sepenuhnya proses ubah suai. Proses mereka bentuk dan mendapatka­n sebut harga mengambil masa di antara sebulan hingga dua bulan.

Pemilik perlu berhati- hati sekiranya kos renovasi adalah terhad bagi mengelakka­n kontraktor atau pereka mengambil kesempatan dengan melengah- lengahkan kerja- kerja ubahsuai dan ini menyebabka­n jangka masa lebih panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.