SURAYA YEOP JR., SYJ INTERIOR & DESIGN

GLAM Deko - - Fokus -

Kongsikan latar belakang anda Saya meminati reka bentuk dalaman sejak kecil. Saya suka menghias di kediaman ibu bapa, asrama, rumah sewa dan sekarang di kediaman sendiri. Apabila berkahwin, saya dan suami banyak berpindah rumah, secara tidak langsung memberi saya peluang bereksperi­men dan meneroka idea, warna, tekstur dan reka pelan Tiga tahun lalu, saya memulakan syarikat reka bentuk dalaman bersama rakan kongsi; yang mana saya banyak menimba pengetahua­n dan pengalaman baru dalam selok- belok reka bentuk dalaman. Tahun ini. Saya memutuskan untuk bergerak sendiri menerusi SYJ Interior & Design lapangan buat saya menonjolka­n identiti sentuhan sendiri.

Sentuhan Identi Di kediaman saya banyak menyuntik paten oriental chinoiseri­e. I have a passion for all things chinoiseri­e. Ada sesuatu yang bold dalam masa sama romantis, mewah namun whimsical, tradisiona­l dan moden – yang mana menggambar­kan gaya sentuhan/ rekaan saya. My style is also very clean and polished and I like that the end result has a fresh and timeless appeal.

Di manakah pemilik kediaman patut memulakan proses renovasi/ pembentuka­n semula ( remodeling) kediaman? Sentiasa bermula dengan perancanga­n dan penyediaan bajet yang diperlukan. Kenal pasti ruang yang memerlukan pembentuka­n semula – lakukan research, kolektif gambar- gambar inspirasi untuk dijadikan rujukan kepada arkitek dan pereka bentuk dalaman. Ini memastikan mereka/ pasukan reka bentuk faham mengenai idea dan pemilik.

Jangan malu untuk berkongsi idea atau kemahuan anda kerana berasakan terlalu gila atau berlebihan kerana pasukan reka bentuk boleh memberikan idea alternatif menepati bajet yang diperuntuk­kan. Be realistic with your budget and timeline at the same time. Sediakan bajet ‘ kecemasan,’ dari peruntukka­n asal kerana jadual kerja dan pertukaran reka bentuk atau pelan memakan kos. Sediakan plan B, jika projek memakan lebih masa dari jangkaan siap. Jika pemilik berada dalam keadaan bersedia untuk perkara- perkara di luar jangkaan, it will take a lot of the headaches and stress away.

Apakah yang boleh dilakukan pemilik kediaman untuk melakukan proses renovasi/ pembentukk­an semula ( remodeling) dalam bajet skala kecil? Ramai beranggapa­n remodeling kediaman memerlukan belanjawan yang tinggi. Namun, ianya tidak berlaku sepanjang masa. Saya suka apabila melakukan penambahan perincian siling - crown moldings membangkit seri ruang sertamerta. Lakukan penambahan kemasan pada dinding – beadings/ moldings dan lihat hasil akhir yang memberangs­angkan. Gantungkan cermin bersaiz besar dengan reka bentuk kompleks untuk ilusi visual kamar kelihatan lebih luas. Suai padan gantungan bingkai gambar

secara rawak pada permukaan dinding memberikan karakter berbeza. Tukar lekapan pencahayaa­n – lantas pasti terpegun melihat gantungan lampu candelier kaca menebar cahaya bergemerla­pan di segenap ruang. Warnakan semula daun pintu utama dalam warna- warna terang berani. Jika mempunyai peruntukka­n bajet lebih, dapatkan kemasan kertas dinding untuk kamar beradu dalam warna atau corak bold untuk suntikan drama. Kehadiran tumbuhan hijau dan bunga segar atau palsu dalam pasu sebagai penambah seri di kediaman.

Apakah kesilapan terbesar anda lihat orang kita sering terlepas pandang atau lakukan apabila melakukan proses renovasi/ pembentuka­n semula ( remodeling) kediaman? Tidak mengenal pasti dan memahami aliran aktiviti isi rumah seperti laluan yang digunakan untuk menghantar barangan runcit ke dapur sekembalin­ya dari pasaraya, arah sinaran matahari pagi atau petang, jumlah keraian tetamu yang sering diadakan, ruang untuk kanak- kanak bermain selain bilik mereka, kawasan dengan aliran laluan tertinggi dan terendah. Satu lagi isu common, tidak mendapatka­n khidmat nasihat pereka bentuk dari awal projek yang mana akhirnya memerlukan pengeluara­n bajet lebih tinggi kerana perlu menyelesai­kan kesilapan yang telah berlaku di kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.