VILA ORIGIN

GLAM Deko - - Diari -

Vila penginapan Origin terbina daripada runtuhan enam bangunan di kawasan pendalaman ‘ sarang kosong’ di Tonglu, Wilayah Zheijang, China Timur. Kemudahan penginapan ini dibina bertujuan untuk memulih kawasan sekitarnya menyediaka­n kamar tamu, restoran, bar dan kolam renang yang dirancang harmoni mengikut teras landskap pergununga­n dan struktur kejiranan kampong asal. Vila mengadapta­si seni bina vernakular; menggunaka­n bahan- bahan tanah liat, batu, buluh, bata merah dan kayu hangus bagi mewujudkan suasana santai kasual di persekitar­an semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.