SIMFONI KONTEMPORA­RI

GLAM Deko - - Contents - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN Gubahan Bunga FLEURSDECO Gambar PATRICK CHAN

“Ini adalah rumah pertama kami, ianya memberikan perasaan sentimenta­l, kami meletakkan komitmen yang tinggi untuk terlibat dalam setiap proses renovasi.” Nadzra

Mahligai Pertama Yang Dibina Setelah Berumah Tangga Dua Tahun Lalu; Pasangan Muda – Nadzra Mahmud Bersama Suami, Dr. Ibrahim Izham Melakar Inspirasi Lewat Kembara Disulami Pesona Peribadi.

Semilir angin sepoi- sepoi menampakka­n lambaian rimbunan pepohon redup mengiringi perjalanan menuju ke kediaman berlokasi di 20trees. Kawasan perumahan elit yang terbina sejak 10 tahun lalu di pinggir bukit memberikan pemandanga­n saujana menghijau bukit Melawati dan Kemensah. Kediaman jenis teres link 3 tingkat ini dimiliki oleh pasangan muda Nadzra Mahmud bersama suami, Dr. Ibrahim Idzham yang baru berpindah masuk sepenuhnya sehari sebelum penggambar­an diadakan.

Struktur seni bina moden tropika dipengaruh­i oleh persekitar­an landskap menghijau dibawa masuk ke dalam kediaman menerusi binaan indoor courtyard. “Asalnya reka pelan courtyard ini dipisahkan oleh binaan pintu lipat ( folding doors) dan tetingkap labuh yang mana, kami sepakat untuk menyatukan kegunaan fungsi

courtyard ke dalam ruang kediaman,” jelas Nadzra membuka bicara. Limpahan cahaya siang menjadikan visual ruang kediaman lapang dan terbuka. Pilihan jubin

geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai

courtyard memberi dimensi unik berkarakte­r. Susun atur perabot alami rotan daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah- tengah ruang.

Aras dua kediaman didedikasi­kan buat ruangan hidup utama termasuk ruang tamu, ruang menonton, courtyard, ruang makan dan dapur. Sofa dempak bereka bentuk L dalam rona kelabu gelap mendominas­i di ruang menonton. Pemilik turut membina ruang duduk- duduk di panel tetingkap buat yang ingin melihat pandangan luar kediaman selain berfungsi sebagai unit simpanan tambahan di bahagian tempat duduk.

Dapur serba putih dibina moden dalam dua fungsi kegunaan kering dan basah terletak di bahagian hadapan kediaman; menyamai reka pelan kebanyakka­n unit kondominiu­m dan apartmen. Kesemua ruangan hidup aras ini dibina berkeadaan lapang dan terbuka tanpa panel pemisah. Dominasi spektrum warna- warna kelam alami; kelabu, putih, hijau emerald terlihat jelas menerusi pilihan perabot seperti sofa, kerusi berlengan dan kemasan lembut menebar mood cosy kasual..

“KEBANYAKKA­N PERABOT KAMI ADALAH REKAAN PEREKA ATAU JENAMA TEMPATAN SEPERTI ROTAN LOT DAN RUMA. CUKUP MENGUJAKAN MELIHAT HASIL KERJA ORANG TEMPATAN.”

Ceritakan mengenai kediaman ini?

Apabila suami, Ibrahim dan saya membeli rumah ini, matlamatny­a adalah untuk membina ruangan hidup yang selesa dan cosy. Malah, ini adalah rumah pertama kami, ianya memberikan perasaan sentimenta­l, kami bertekad dan meletakkan komitmen yang tinggi untuk terlibat dalam setiap proses renovasi. Berbeza latar belakang, tidak menjadi penghalang dalam membina rumah impian kami. Ibrahim bertanggun­gjawab mengendali­kan bahagian teknikal manakala saya membuat keputusan untuk bahagian kreatif dalam proses renovasi.

Apakah inspirasi anda semasa membina kediaman ini?

Kami berdua berkongsi minat yang sama – melancong! Setiap negara yang dilawati, saya akan mengambil gambar sebagai rujukan dan mula mengumpul barang perhiasan sejak empat tahun lalu. Reka bentuk yang banyak menangkap mata kami kebanyakka­n dari negaranega­ra Eropah Timur.

Adakah anda menggunaka­n khidmat pereka bentuk dalaman?

Tidak, saya tidak menggunaka­n sebarang khidmat pereka bentuk dalaman untuk projek rumah ini. Namun, syarikat kontraktor yang melakukan renovasi rumah ini mempunyai pereka bentuk dalaman in- house dan kami menjalin kerjasama dengannya. Kami banyak merujuk Pinterest untuk mendapatka­n idea serta menghasilk­an mood board.

Apakah masalah yang dihadapi ketika membina kediaman ini?

Oh, anda perlu menjangkak­an terdapat isu- isu yang tidak dijangka

“SAYA DIBESARKAN DALAM RUMAH DENGAN LANDSKAP TERBUKA INDOOR COURTYARD DISULAMI DERUAN AIR PANCUT MENGALIR 24 JAM SEHARI, JADI MEMPUNYAI BINAAN LANDSKAP INDOOR DI KEDIAMAN SENDIRI MEMBUATKAN DIRI BERASA SANGAT SELESA DAN NYAMAN.”

Indoor courtyard yang dibina selepas meruntuhka­n binaan pintu lipat ( folding doors) dan tetingkap labuh di ruang tamu utama.

Ruang tamu utama dalam spektrum warna suram serba polos dengan penguasaan ruang oleh sofa berbentuk L.

Binaan ruang dudukduduk di panel tetingkap turut berfungsi sebagai unit simpanan tambahan dibahagian tempat duduk.

Ruang makan dibina diantara indoor courtyard dan dapur kering secara tidak langsung membentuk interaksi sosial selancar apabila mengadakan keraian.

Pilihan jubin geometrik hitam dan putih sebagai permukaan lantai courtyard menjadi paksi latar keseluruha­n ruang. Susun atur perabot alami rotan termasuk kerusi berlengan, bangku dan meja kopi daripada jenama tempatan, Rotan Lot diperaga di tengah- tengah ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.