MODULAR ORGANIK

GLAM Deko - - Trend -

Berbentuk seakan rupa batu terhakis dek air laut pasang, pereka Yabu Pushelberg mengangkat rupa bentuk organik ke dalam sistem duduk, Surf untuk Molteni. Sandaran belakang direka melengkung, selesa dan kelihatan ‘ hilang’ dari pandangan visual. Rekaan Surf hadir dalam dakapan kulit dan juga pilihan fabrik daripada arkib kemasan lembut Molteni. Molteni & C ada di Linds Furniture, Jalan Maarof, Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.