ZIZIMIMI & CO

GLAM Deko - - Kediaman - Teks & Penyelaras NADIA ZOLKIFLI Arahan Seni AFIQ KHAIRUDIN Gambar PATRICK CHAN

Mahligai Dibina Setelah Sekembalin­ya Ke Tanah Air Dari Berkelana Di Bumi Eropah. American Farm House Dalam Interpreta­si Moden Menjadi Rujukan Tata Gaya Kediaman Teres Tiga Setengah Tingkat Di Cyberjaya; Milik Suami Isteri, Zizi Dan Mimi.

Laman platform saya Mimi. postings dengan sosial Tertarik gambar- yang instagram pemilik menemukan dengan gambar kediaman, menjadi setiap dan cerita mahligai pengalaman impian menerusi berserta akaun tips membina Instagram @ zizimimian­dco; segala butiran diberitahu terperinci memudahkan followers menjadikan­nya sebagai rujukan dan inspirasi dekor. Kediaman teres link tiga tingkat setengah ini terzahir penuh teliti dan direalisas­ikan sendiri oleh Mimi bersama suami, Zizi. Jelas Mimi, “Struktur siling berganda ( double volume) di ruang tamu menawan hati Zizi serta merta. Malah, projek kediaman ini adalah yang pertama kami lihat dan pertimbang­kan setelah kembalinya dari United Kingdom.”

KONSEP TERBUKA

Lapang terbuka menjadi teras reka pelan kediaman ini. Ruang tamu utama, ruang makan, kaunter dapur dan dapur dibina dalam lantai yang sama. Tanpa sebarang dinding atau panel pemisah, pemilik yakin percaturan ini adalah yang terbaik bertepatan corak kerja dan gaya hidup mereka sekeluarga.

“KONSEP TERBUKA INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADIKAN INTERAKSI SOSIAL TUAN RUMAH DAN TETAMU HARMONI TANPA HALANGAN RUANG DAN MENJADIKAN CORAK KERJA DI DAPUR SELANCAR DAN EFISIEN.”

Kabinet dibina full length ( ukuran penuh mencecah siling) agar tiada ruang dibiar terbazir tanpa fungsi selain menampakka­n visual lebih kemas dan luas. Dalam reka lantai sama, pemilik turut membina ruang pantri dan ruang basuhan ( laundry area). Pintu kayu cerah jenis gelangsar atau barn door bertindak sebagai pemisah antara ruang yang mana adalah kunci kepada gaya dekor farmhouse yang diingini. Jubin bercorak monokrom hitam dan putih menjadi asas lantai ruangan ini. Pantri menjadi tempat simpanan stok makanan kering penghuni diatur kemas dan rapi di atas rak berpara dan kabinet berlaci berukuran sembilan kaki panjang berbentuk L.

PERANCANGA­N TELITI

Mendedikas­ikan aras bawah kediaman sebagai ruang sosial paling aktif, pemilik banyak melakukan kajian dan rujukan idea agar dapat membuat pilihan tepat mengikut gaya hidup seisi penghuni. “Saya sangat teliti mengenai setiap perancanga­n dan reka bentuk

yang dilakukan di kediaman ini.

Open concept tidak mudah kerana setiap pilihan yang dibuat terpamer jelas tanpa boleh disembunyi­kan seperti perletakka­n soket elektrik, laluan paip air dan wiring contohnya. Semua ini memerlukan pengetahua­n jelas dan kerjasama kontraktor untuk merealisas­ikannya,” beritahu Mimi panjang lebar.

Kebimbanga­n orang kita apabila membina kediaman berkonsep lapang terbuka adalah kedudukan dapur terbuka dan pengaliran udara yang optimum. Ini kerana bau masakan orang kita agak kuat dengan kaedah tumisan dan menggoreng pasti membuatkan aroma masakan melekat dan bertebaran di sekitar kediaman. Mimi bertindak memasang hud dapur dengan daya sedutan kuat diikuti sistem pengudaraa­n berkapasit­i industrial yang dipasang melekap pada permukaan siling. “Saya gembira dengan setiap percaturan yang dibuat kerana, setakat ini udara di kediaman kami tidak terganggu dek bauan masakan tidak enak dan kemasan lembut seperti langsir dan sofa tidak terjejas,” kata Mimi.

“ADA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN SERENTAK BERIKUTAN KEKANGAN MASA DAN KOS. ADAKALA, LEBIH BAIK MENUNGGU SEKETIKA, MENIKMATI APA YANG TELAH DIBINA DAN KEMUDIAN BARU MENAMBAH ATAU MEMBAIK PULIH APA YANG PERLU MENGIKUT KEPERLUAN GAYA HIDUP”

Kamar tamu dengan struktur siling berganda ( double volume) menampakka­n binaan susur tangga dalam nada neutral putih dan krim memberi visual elegan kasual.

Meja makan dan kerusi daripada Ashley Home Store dibeli daripada Fella Design.

Binaan kabinet dapur berwarna hitam matte material jenis MDF berukuran full length ( ukuran penuh mececah siling) agar tiada ruang dibiar terbazir tanpa fungsi.

Kamar si puteri tunggal - rekaan katil istana fantasi daripada Tomato Kidz mendominas­i reka pelan ruang. Kata Mimi, “Menariknya mengenai reka bentuk katil ini, ianya mampu seiring tumbesaran kanak- kanak sehingga mencecah usia 12 tahun.

Kamar beradu utama mengekalka­n ritma dekor sama – rekaan kepala katil dengan perincian bebutang daripada Ashley Home Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.