NEUTRAL COKLAT

GLAM Deko - - Palet -

Mengundang rasa hangat, selesa dan mewah – nuansa warna coklat tidak pernah pudar dari radar trend interior. Mudah disuai padan dengan apa jua warna, tekstur, material dan corak; coklat boleh diguna pakai untuk mana- mana ruang kediaman.

Lampu lantai berkaki tiga Tripode daripada Santa & Cole buat yang gemarkan rekaan moden minimal. paperrooms. co. uk

Kerusi berlengan S/ Wood rekaan Phillipe Starck untuk Kartell menggabung­kan estetika kayu asli dengan garis ergonomik luar biasa memastikan duduk selesa dan kukuh. Beg bulat sandang Maddie, Ted Baker dibaluti kulit bertekstur dengan perincian metal bersadur keemasan.

Koleksi sedia pakai musim luruh Talbot Runhof diperagaka­n dalam penataan warna pastel pop ungu, kuning dan coklat serba polos bermain teknik jahitan voluminous, lipatan dan kelim.

Lampu candelier Mia daripada Amara indah menebar cahaya suram di ruang makan atau ruang tamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.