Trivia Warna

GLAM Deko - - Palet -

1. membalikka­n ILUSI VISUAL cahaya Warna coklat sekaligus cerah menampakka­n berupaya visual ruang lebih luas. 2. SPEKTRUM WARNA Tonasi warna coklat boleh dipilih mengikut kepekatan atau kecerahan yang diingini. Coklat cerah seperti nude atau beige lebih mudah diguna pakai dan malar segar untuk ruang tamu dan kamar beradu. 3. PADANAN MATERIAL DAN FABRIK Pilihan warna coklat tidak mengehadka­n pemilihan material atau jenis fabrik tertentu. Jika mahu memaparkan gaya moden, pilihan aksesori metal berkilau seperti kaki lilin atau dulang membantu membangkit­kan konsep moden. Manakala bagi jenis fabrik, anda boleh memilih jenis kapas atau kapas linen berpaten dengan teknik potongan laser atau sulaman. 4. PERINCIAN Wood paneling atau wainscotin­g boleh dipasang pada dinding polos yang dicat warna coklat; agar dinding tidak kelihatan membosanka­n selain menyuntik aura moden kotemporar­i. 5. PERCIKAN WARNA Serlahkan pesona diri menerusi padanan warna- warna terang seperti hijau zamrud, biru gelap, kuning mustard atau pink fuchsia menerusi pemilihan perabot dan aksesori bagi membangkit­kan latar polos coklat.

Oleskan bedak asas berasaskan air, Les Beige, Chanel bagi membentuk solekan muka lebih sekata dan rapi menghadapi musim panas.

“Sofa B& B Atoll adalah sistem duduk serba boleh tafsiran semula elemen tradisiona­l diperhalus­i dalam struktur moden kontempora­ri,” jelas pereka Antonio Citerrio.

Kabinet Reisling, Armani Casa dicipta sebagai unit storan dan juga bar dalam dua versi rekaan yakni bingkai pintu berbalut fabrik teknikal Shagreen atau pintu kayu walnut berukir paten organik.

Meja kerja Casmus dibentuk daripada kayu dilapisi venir santos rosewood matt dengan fungsi teknikal sistem pembukaan pintu meja melalui alat klac khusus dengan dawai keluli terdedah memastikan kestabilan dalam kedudukan pintu terbuka. armanicasa. com

Didihkan air menggunaka­n teknologi cerek Icona Vintage DeLonghi dengan dasar cerek boleh dipusing 360 darjah dan penapis boleh dibasuh memudahkan pengguna.

Mulakan pagi dengan secangkir kopi panas menerusi mesin kopi Nespresso dibaluti kulit mewah Pigment France hasil kolaborasi antara Nespresso dan Giobagnara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.