MATERIAL ALAM

GLAM Deko - - Ruang -

Batu marmar, konkrit bertekstur dan kayu antara bahan natural yang boleh diguna pakai sebagai asas rekaan permukaan lantai, dinding dan kabinet storan. Reka bentuk produk seperti tab mandi dan sinki diperbuat daripada bahan alami memberi estetika elegan mewah. Patenkan jubin konkrit dalam bentuk herringbon­e pada permukaan lantai dan dinding jika mahukan dimensi rekaan berbeza. Ira batu marmar menyuntik ambien moden segar. Secara tidak langsung,

penggunaan material semulajadi mempamerka­n keindahan corak, tekstur dan bau alam semulajadi yang nyata dari dalam kediaman.

Jubin konkrit cerah berpotonga­n heksagon dan empat segi di kamar mandi.

Kamar mandi dalam balutan kepingan marmar dan jubin berpaten membias rasa mewah.

Jubin marmar hitam berira putih di kamar mandi mewah elegan.

Sinki Marie daripada siri Silestone, Cosentino bersaiz 51 x 37 x 10 sm tidak mudah kotor serta mudah dicuci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.