GLAM Deko : 2019-10-01

Fokus : 64 : 62

Fokus

GD FOKUS 62 Falsafah rekaan Saya berpegang kepada konsep penyelesai­an masalah – setiap pendekatan reka bentuk harus dapat menyelesai­kan sebarang permasalah­an. Sebagai pereka, kekalkan pendekatan yang mudah dan boleh dilakukan, dan paling penting praktikali­ti. Sebenarnya tidak ada istilah renovasi atau pengubahsu­aian yang sempurna. Ini kerana cita rasa individu berubahuba­h, begitu juga faktor umur, kehendak dan keinginan, selain faktor peredaran masa. Perubahan dan faktor peralihan ini akan sentiasa memerlukan proses ubah suai dan renovasi untuk kepuasan masing- maisng. Pada pendapat saya, mutu dan kualiti kerja memainkan peranan dalam menentukan hasil sesebuah renovasi yang bakal disempurna­kan dan memenuhi cita rasa pemilik. Perancanga­n yang teliti, tersusun dan sentiasa memastikan pelaksanan kerja mengikuti garis masa yang telah dipersetuj­ui di antara pemilik dan pereka atau kontraktor merupakan faktor penting dalam menentukan hasil sesebuah renovasi kelak.

© PressReader. All rights reserved.