YAYA ZAHIR

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks, Penyelaras Dan Penata Gaya : Ardi Idewani Zaini Solekan : Syed Faizal Syed Noh Dandanan Rambut : Sahir Sabri Gambar : Jason Lee Pakaian : Versace Musim Luruh 2015 & H&M Musim Luruh 2015

“SAYA SUKA BIDANG SENI DAN KOMERSIAL. SEBAB ITULAH SAYA MEMASANG IMPIAN MENJADI PEREKA HIASAN DALAMAN DAN KINI, BERGELAR PELAKON,” KATA YAYA ZAHIR YANG SEMAKIN LIGAT DALAM DUNIA LAKONAN

“SAYA SUKA BIDANG SENI DAN KOMERSIAL. SEBAB ITULAH SAYA MEMASANG IMPIAN MENJADI PEREKA HIASAN DALAMAN DAN KINI, BERGELAR PELAKON,”

KATA YAYA ZAHIR YANG SEMAKIN LIGAT DALAM DUNIA LAKONAN

Saya ingat lagi membelek coffee table book Rizalman di butiknya bersama pengarang EH, Khairul Abidin. Ketika sibuk menelaah satu persatu muka suratnya, saya terhenti di ruangan kempen Zalora Rizalman yang menampilkan beberapa muses. Ada Scha Al-Yahya, Amber Chia dan Tengku Azura… namun mata saya tertarik dengan seorang wanita yang turut dipotretkan dalam kempen tersebut. Saya diperkenalkan oleh Khairul Abidin, “Itulah Yaya Zahir. Pereka hiasan dalaman untuk Rizalman,” jelas Khairul. “Oh! Cantiknya dia,” balas saya. Sebenarnya sebelum itu lagi saya sudah perasan Yaya, cuma tidak berkesempatan untuk tahu empunya nama dan siapa dia. Kebetulan Khairul ada bersama, teruslah saya bertanya. “Yaya kini aktif berlakon,” sambung Khairul masa itu. Lantas, saya tidak membuang masa untuk mendapatkan Yaya kali ini.

Kehadiran Yaya ke penggambaran membuatkan saya ingin tahu, mengapa dia bertukar daripada bidang hiasan dalaman kepada menjadi pelakon. Adakah cita-citanya memang menjadi pelakon? Jelas Yaya, “Sebenarnya, saya memang minat berlakon. Dari dulu lagi. Jadi, pabila sekarang sudah diberikan peluang untuk berlakon, terus saya ambil. Inilah masa untuk saya mengejar impian saya, kan?” Bijak mengatur perjalanan kariernya, Yaya sudah banyak kelihatan di kaca televisyen dan aktif berlakon. Watch out for this bright young star!

Kamu tidak rindu akan bidang hiasan dalaman?

Sudah tentu rindu! Kerana itulah bidang yang saya pelajari dan saya graduan bidang tersebut. Bekerja bersama Rizalman setahun dan menimba pengalaman semua itu… sudah tentu meninggalkan impak dalam diri saya.

Jadi, mengapa bertukar bidang?

Seperti yang saya jelaskan tadi, kerana saya sudah lama minat berlakon. Saya fikir, “Its about time.” Saya tidak mahu melengahkan masa. Sementara ada tenaga dan kudrat masa muda, baik saya ambil langkah sekarang. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mahu melupakan bidang hiasan dalaman.

Boleh dikatakan yang kamu adalah individu yang cintakan seni. Ada bakat melukis, berlakon pula…

Ya. Saya benarbenar bersyukur kerana saya dianugerahkan bakat ini. Ingat lagi ketika kecil arwah ayah saya sering membawa saya ke rumah kawannya yang juga seorang pelukis dan didedahkan dengan melukis. Berlakon pula lahir sebab saya sering buatbuat berlakon di hadapan ibu saya. Haha! Kelakarnya.

Speaking of decision, was that the toughest decision you had to make?

Yes, it was. Saya pun tidak percaya juga pada mulanya. Saya bertanya pada diri sendiri, “Betul ke ni?” Tetapi, dengan sokongan yang kuat daripada ahli keluarga, terutamanya ibu saya juga dorongan kawankawan dan kenalan lain, ia membakar semangat saya.

Dan kamu juga diberikan kepercayaan sepenuhnya?

Iya. Seperti ketika saya pergi casting, bertemu dengan penerbit dan beberapa pengarah juga pihak produksi… semua mereka memberikan kepercayaan kepada saya. Lantas, saya tidak raguragu untuk meneruskan diri menjadi pelakon.

Masih lagi ada kemahiran dalam bidang hiasan dalaman?

Sudah tentu masih ada. Harap- harap masih belum hilang. ‘Cause I really like interior design.

Rizalman pula apa pesannya ketika kamu mahu mula berlakon?

“Buat betul- betul!” And Rizalman is very supportive. That’s why I love him!

Apakah tawaran pertama kamu masa mula- mula berlakon?

Yang pertama adalah tawaran untuk Suria TV Singapura. Di mana saya memegang watak sebagai seorang jurnalis. Kemudiannya, saya mendapat tawaran lagi untuk drama TV3 dan seumpamanya. Seperti Syurga Nur dan Uda Dan Dara.

Tidakkah kamu takut dengan persaingan dan realiti dunia lakonan?

Jujur saya katakan, mulanya saya takut dan gementar juga. Tetapi inilah yang saya harus terima. Teguhkan hati dan bersikap optimis. Namun, harus beringat juga. Tahu mana asal- usul kita supaya tidak terbawa- bawa.

Hmm… Pereka hiasan dalaman dan pelakon. Kedua- duanya adalah bidang yang mencipta tanggapan.

Yes, creating impression. But for two different people.

Apakah harapan kamu dalam masa akan datang?

Sudah tentu saya berazam untuk menjadi pelakon terbaik. Mungkin saya tidak mahu menyimpan hasrat yang terlalu tinggi kerana tidak mahu kecewa akhir nanti. Hanya perlu positif, buktikan diri dan lihat sejauh mana saya boleh pergi.

Siapa inspirasi kamu sepanjang menjadi pelakon?

Saya sangat mengagumi Sharifah Amani dan Nabila Huda. Di Hollywood, saya sukakan lakonan Jake Gyllenhaal dan Rachel McAdams.

Ok, kita beralih kepada tentang lelaki. Dalam pengertian kamu, lelaki adalah…

Boys will always be boys! Haha!

Tadi kita bercakap tentang mencipta tanggapan. Dalam soal lelaki, adakah kamu percaya dengan tanggapan pertama?

Hmm, tanggapan pertama itu penting. Daripada situ ia mencipta pula rasa ingin kenal orang itu. Tetapi, janganlah ia terhenti di situ sahaja. Kenal hati budi dan mendalami orang itu kemudiannya.

Perkara lelaki buat yang kamu rasa seksi?

Oh, saya suka lelaki yang pandai dalam cara pembawaan diri. Tidak terlalu ‘control’ dan menjadi dirinya sendiri. Sungguh ‘seksi’.

Tiga perkara yang lelaki tidak patut buat ketika keluar ‘date’.

Don’t check out on other girls! No, no. Jangan bersikap kurang ajar dan jangan terlalu kawal diri. Relaks…

Boxer or brief?

Kalau David Beckham… brief. Jika Zayn Malik… boxer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.