Idea british summer

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS FESYEN -

Kolaborasi kreatif JW Anderson bersama Uniqlo diteruskan dengan koleksi kedua yang diinspirasikan daripada pelbagai budaya Britain dan secara spesifiknya keindahan pantai Brighton Beach serta gaya hidupnya. Ia dicipta untuk disuai padan mengikut selera peminat fesyen dan kesesuaian destinasi tujuan, malah ia juga menepati kecirian stail musim panas. Antara yang menarik adalah jaket, kemeja, baju corak jalur, seluar linen dan topi yang sangat cool untuk digayakan. Sama seperti yang ditekankan UNIQLO dalam koleksi terdahulu, JW Anderson mementingkan keselesaan dan praktikal kepada pemakai koleksi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.