SOMETHING BLUE

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GROOM’S GUIDE -

Rangkain jenama minyak wangi Ralph Lauren Fragrances memperkenalkan wangian terbarunya Polo Ultra Blue, hasil tafsiran dari wangian Polo Blue yang ikonik. Polo Ultra Blue yang terbaru ini dikatakan antara wangian yang mempunyai bau ultra-segar untuk para lelaki yang menjalani kehidupan kasual sofistikated. Raksi ini terdiri daripada campuran elemen sitrus dan garam segar yang melahirkan aroma lembut, segar tetapi masih berpegang dengan imej lelaki alfa. Juga bersifat ultra-lama, sesuai sebagai peneman pengantin lelaki sepanjang majlis perkahwinan. Boleh didapati di kedai wangian terpilih dengan harga RM286 untuk EDT 75ml dan RM 359 untuk EDT 125ml.

Intipati Haruman: Nota Atas: Hirisan Lemon & Bergamot Nota Tengah: Daun Basil Verbena & Daun Sage Nota Dasar Ambertonic: Kayu-kayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.