FITT FOR A KING

GLAM Lelaki (Malaysia) - - GROOM’S GUIDE -

Mencari ruang bachelor party bersama teman-teman sebelum mengakhiri zaman bujang? Grand Millennium Kuala Lumpur teruja membentangkan Presidential Suites yang diperbaharui, ideal buat bakal raja sehari. Suite-suite baru berukuran 150 meter persegi dengan kemewahan kontemporari menawarkan gabungan ruang dan keselesaan yang sempurna yang memberikan pengalaman yang lebih tinggi untuk para tetamu di hotel ini. Semua tetamu yang menginap di Presidential Suite akan menerima akses percuma ke Club Lounge tiga tingkat eksklusif di Aras 18, yang mengarah ke teres luar yang menghadap panorama pusat bandar Bukit Bintang. Lounge yang direka dengan gaya yang menarik ini menyediakan suasana yang santai untuk tetamu berehat dengan persembahan masakan dan minuman harian serta banyak keistimewaan tambahan. Presidential Suites ini hanya terdapat dalam 3 unit dan kadar biasanya bermula dari RM4,615 nett satu malam, tertakluk kepada masa dan ketersediaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.