3 SINTESIS EKSTREM KELAJUAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Kehadirannya menjadi saksi keterujaan persidangan automotif Geneva Motor Show 2018. Ferrari 488 Pista dikuasakan oleh enjin V8 yang mana paling berkuasa dalam sejarah Maranello Marque. Lalu, menjadi siri kereta sport paling eksklusif hasil pemindahan teknologi daripada lapangan perlumbaan. Malah namanya itu sendiri membawa erti 'trek' dalam bahasa Itali yang dipilih khusus bagi menjulang warisan Ferrari yang tiada tandingan dalam sukan lumba. Seperti model sebelumnya, 488 Pista dicipta berdasarkan model Ferrari terdahulu yakni 488 GTB, namun ditampilkan peningkatan kuasa dengan kuasanya disalurkan dari enjin F154 CB yang pernah digunakan oleh 488 GTB, dengan 3.9 liter turbo berkembar V8 yang mampu menghasilkan 720 PS (710 hp) pada 8,000 rpm dan tork 770 Nm. Ia meningkat sebanyak 50 PS daripada 488 GTB, sementara tork juga sedikit tinggi sebanyak 10 Nm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.