BERSENAM DENGAN SELESA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GADJET -

Pasti si enthusiast kecergasan mencari sepasang fon telinga terbaik yang memberikan mereka keselesaan pada tahap maksima. Pilihan sesuai buat para gym junkie, JLab Audio Epic Sport terbaru punya perincian tanpa wayar serta memancarkan hayat bateri selama 12 jam. Selain itu, ia juga punya penarafan IP66 (ciri kalis peluh juga habuk) dan keunikan cangkuk telinga Memory Wire™ yang mencengkam telinga anda dengan lebih selesa. Fon telinga ini juga dilengkapi dengan Bluetooth 4.2 dan aptX, yang bermaksud anda dapat mendengar sehingga 30 kaki dari peranti anda sambil mengawal kebanyakan fungsi seperti memain lagu, melangkau trek playlist, mengubah volum, menjawab serta menutup panggilan telefon melalui alat kawalan jauh yang tersedia bersama fon telinga ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.