PERTARUNGAN EPIK DUNIA MARVEL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PROMO -

Satu dekad sudah terhitung, sejak legasi hikayat kumpulan adiwira dunia Marvel melangkaui sempadan halaman komik langsung menghidupkan layar perak melalui visi Marvel Cinematic Universe (MCU), bermula dengan filem Ironman pada tahun 2008 dulu. Kini, buat pertama kalinya perjalanan sinematik selama 10 tahun pembikinan filem-filem yang merangkumi MCU Fasa 1 hingga 3 itu akan menemui kesimpulannya dalam Marvel Studios’ Avengers: Infinity War bulan ini. Kembali dengan pertarungan terhebat sepanjang zaman, Marvel Studios’ Avengers: Infinity War bakal memperkenalkan sepenuhnya watak antagonis unggul, Thanos yang sebelumnya ini cuma menjelma seketika dalam beberapa filem MCU sebagai gimik untuk membangkitkan aura misterinya.

Kumpulan Avengers bersama rakan-rakan adiwira dari kelompok Guardians of the Galaxy, Black Panther dan Spiderman terpaksa mengorbankan segalanya dan bersatu demi mengalahkan Thanos yang berkuasa menghancurkan dan menamatkan alam semesta.

Filem arahan adik-beradik Anthony dan Joe Russo bersama produser Kevin Feige ini akan menemui peminat 26 April di pawagam seluruh Malaysia. Dengan barisan pelakonpelakon hebat seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Scarlett Johansson dan ramai lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.