PEMENANG

SUDAH OBSES DENGAN GL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKSI - — HAFEEZ HAI

‘ THIS IS SOMETHING!’ Bisik hati tika pertama kali melihat muka depan edisi Februari GLAM Lelaki. Saya agak jarang untuk tertarik dan membeli majalah berbahasa Melayu, apatah lagi yang berkaitan dengan fesyen lelaki. Pendapat klise saya, “Ah! Semua majalah berbahasa Melayu sama saja. Konsep, fesyen, brand, produk, iklan, semuanya biased dek kerana di- sponsor oleh sesuatu jenama dan juga nampak ketinggalan.” Sebagai seorang pereka grafik, saya lebih cenderung mengumpul majalah luar kerana memberi saya inspirasi dalam kerjaya dan pemakaian. Memang kebiasaannya cover GL menarik, tapi entah mengapa dek kerana trauma dengan memori silam membuat saya menangguhkan hasrat itu hinggalah cover kali ini! Maafkan saya GL kerana terlalu lambat untuk berbangga dan kagum dengan pengisian anda yang setanding dengan majalahmajalah luar. Dek kerana obses dengan GL kini, setiap minggu saya akan peruntukan masa untuk mencari koleksi GL terdahulu di kedai majalah lama. Ya, now I’m one of your die-hard fans!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.