friendly collaboration

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Speake-Marin menandatangani perjanjian bersama pelakon unggul, Pierce Brosnan sebagai duta globalnya untuk tahun keempat berturut-turut. Kolaborasi yang lebih kepada tanda persahabatan ini pertama kali ditemukan di penggambaran set filem The Survivor pada 2015. Brosnan menyifatkan dirinya sebagai pencinta arloji. Maka, jenama Speake-Marin sedari bahawa keduanya berkongsi nilai yang sama yakni keanggunan, kesederhanaan dan kebebasan. Sejak dari itu, Pierce Brosnan dan Speake-Marin terus mengaspirasikan satu sama lain. Kempen terbaru yang dirakam oleh jurugambar terkenal untuk karya potretnya, Marco Grob mengambil lokasi di London pada Oktober 2017. Untuk kempen terbaru ini, Speake-Marin punya objektif kala meremajakan imej jenamanya agar lebih versatil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.