DETIK NADI MUZIK

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Joachim Horsley adalah komposer yang menghasilkan skor filem untuk produksi Dreamworks serta mencitrakan lagu untuk penyanyi terkemuka termasuk Michael Bublé dan John Legend. Kolaborasi antara Horsley bersama Corum, menciptakan satu karya unik lagi berseni. Laman muzik kabaret Folies Bergère di Paris menjadi saksi bagi penampilan edisi terhad Golden Bridge yang digarap made to measure oleh Corum sebagai tanda penghormatan. Sekali gus, menandai permulaan perkongsian jangka panjang antara Corum dan Horsley. Juga merupakan kolaborasi pertama Golden Bridge yang bernadakan muzik, terus menjanjikan himpunan yang luar biasa lalu melampaui keterbatasan pembuatan arloji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.