Tiga Langkah Mudah

RANGKAIAN PRODUK BARU DARIPADA AESOP MEMBERI RUTIN ASAS DALAM PENJAGAAN WAJAH UNTUK MEREKA YANG PUNYA KULIT KOMBINASI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Sut sudah ditempah, kasut dan aksesori sudah dibeli, dan rambut pun sudah digunting. Namun, selain gaya peribadi, penjagaan rapi si mempelai lelaki juga harus dititik beratkan dalam persiapan untuk majlis pernikahan. Kunjungan ke spa tentunya menjanjikan rawatan yang mewah, tapi rawatan di rumah juga boleh memberi solusi efektif untuk tampil bersih dan berseri. Rangkaian terbaru daripada Aesop, In Two Minds, dirumuskan khas buat mereka yang punya kulit kombinasi, yang biasanya dialami oleh mereka yang duduk di iklim panas seperti di Malaysia. Kulit kombinasi kebiasaannya merujuk kepada zon T dan dahi yang berminyak manakala kawasan pipi pula terasa kering. Kulit sebegini mudah bereaksi dengan faktor luaran langsung mendatangkan kemerahan, kegatalan atau kekeringan. Dan semestinya ini yang anda mahu elakkan di hari istimewa anda kelak!

Hasil kajian selama tiga tahun, rangkaian baru ini amat ideal buat si lelaki because it’s so simple to use. Itu yang kita caricari, bukan?

Rejim penjagaan anda harus dimulakan dengan In Two Minds Facial Cleanser, yakni gel pembersih muka dengan kandungan asid salisilik yang membersih secara lembut sambil membuang sebum tanpa menjengkelkan kulit. Kemudian, gunakan In Two Minds Facial Toner dengan ramuan niasimida dan panthenol untuk menenangkan dan mengembalikan keseimbangan pada kulit. Rutin ini harus disudahi In Two Minds Facial Hydrator yang dirumus dengan minyak botanika Andiroba, Copaiba dan Acai yang membekalkan khasiat dan kelembapan pada kulit kombinasi. Nah, tiga langkah mudah untuk memastikan wajah tampak terhidrat dan sihat agar anda tampil yakin untuk mengemudi hala tuju hidup anda seterusnya.

“RANGKAIAN IN TWO MINDS DIRUMUSKAN BUKAN HANYA UNTUK MENANGANI SATU, MALAH KEPELBAGAIAN MASALAH YANG DIALAMI KULIT KOMBINASI, SAMBIL MENGEMBALIKAN KESEIMBANGAN PADA KULIT.” - DR. REBECCA WATKINSON, PENGURUS INOVASI & KAJIAN AESOP

HIMPUNAN PRODUK IN TWO MINDS BOLEH DIDAPATI DI BUTIK AESOP BERDEKATAN, JUGA DI ATAS TALIAN. IN TWO MINDS FACIAL CLEANSER 100ML RM105, 200ML RM159; TONER 100ML RM113, 200ML RM180; DAN HYDRATOR 60ML RM191.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.