Debaran Serta-Merta

MEMANDU C- CLASS COUPÉ TERBARU INI ADALAH SATU PENYATAAN YANG MENDEFINISIKAN KEMEWAHAN MASA KINI. TERTUMPU SAMA ASPEK GAYA HIDUP, JENTERA INI TIDAK BERGANTUNG ATAS KEUPAYAAN KUASANYA SEMATA. CUKUP MENGGODA DENGAN SUSUK REKAAN SPORTY LAGI MENDEBARKAN, IA D

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Berbesar hati pertontonkan wajah baru Coupé C- Class, jentera ini adalah tambahan terkini dalam himpunan Dream Cars Mercedes-Benz. Sebagai varian paling sporty dalam siri C- Class, coupé ini memaparkan susuk reka bentuk yang bersifat atletik lagi tersendiri langsung diolah sempurna bahagian belakangnya. “Coupé C- Class baru ini meneruskan falsafah kami sekali gus penjelmaannya memperkukuhkan visi serta jenama kami. Ia adalah simbol keseimbangan yang sempurna di mana menggabungkan reka bentuk yang mendebarkan berbalas ketangkasan serta kemewahan moden. Maka, Coupé C- Class membias satu pengalaman memandu yang cukup bergaya lagi berkuasa,” kata Mark Raine, Naib Presiden, Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang, Mercedes-Benz Malaysia.

Susuk depan kereta diolah tegap dengan paparan gril radiator gaya berlian dan bonet ditampilkan panjang memberikan pandangan belakang yang powerful hasil gen kereta coupé sentuhan Mercedes. Manakala, aras tali pinggang didatangkan sedikit tinggi bersama pintu tanpa bingkai siap bercermin freestanding melengkapkan personanya.

Garis clean dan permukaan berkeluk pada bahagian sisi memantapkan lagi perincian utamanya kala membezakan kereta sedan daripada himpunan C-Class. Garis ilusi bayangan ini dibentangkan lebih jauh melewati lengkungan roda belakang sekali gus menegaskan raut wajah yang tegap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.