Kata Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

IMPAK BESAR AKSESORI KECIL

Pabila kekeringan idea untuk tampil bergaya, nasihat mudah yang sering kita dengarkan ialah untuk kembali kepada stail klasik. You can never go wrong with classics. Untuk stail kasual, padanan kemeja T dan seluar jean atau chinos sudah memadai untuk kita tampil stylish. (Dengan syarat potongan dan saiz yang sesuai untuk badan kita diambil kira). Dari James Dean dan Paul Newman, ke ikon stail kontemporari seperti Justin Theroux, Harry Styles atau Daniel Glover. Biarpun masing-masing punya stail peribadi tersendiri, sekali- sekala mereka cukup selesa dengan gaya klasik kombo t-shirt and jeans.

Tapi, kemeja T dan seluar jean itu hanyalah kanvas asas. Pilihan aksesori setiap ikon stail ini punya bezanya, dan itu yang memperkasakan lagi identiti gaya individual mereka. James Dean lazimnya memilih but kulit yang

rugged seperti stail Cowboy, Desert atau Cuban untuk melengkapkan gaya kasual ini. Justin Theroux lebih gemar but kulit bertali kalau bukan but Chelsea. Selain but kulit, Daniel Glover juga selesa dengan sniker sementara Paul Newman pernah memadankan kemeja T putih dan jean gelap dengan stokin putih dan loafers kulit. Selain itu, satu aksesori wajib Newman? Kaca mata hitam bentuk aviators dan gelang chain link. Justin Theroux pula lebih cenderung kepada gelang tali kulit. Daniel Glover pun biasa memakai sunglasses, cuma dia turut menggayakannya dengan baseball

cap manakala Harry Styles dikenali dengan pemakaian topi fedora selain jemari sarat cincin.

Dalam bab bergaya, suatu perkara yang ‘kecil’ boleh memberi impak yang besar. Aksesori adalah ekspresi yang sangat peribadi. Itulah peranannya. GL sentiasa berpegang pada kepentingan aksesori sebagai pelengkap stail personal. Dan dalam era kini, selain aksesori fesyen, aneka gajet dan peranti turut menjadi cambahan gaya kita kini (ms. 90).

Gaya formal juga lebih terserlah dengan ajnas aksesori yang berpotensi menjadikan sut anda tampak luar biasa (ms. 52), tambahan lagi tika menyarung sut perkahwinan.

Pocket square, pin lapel, jam tangan mewah… beranikan diri untuk

add a bit more character pada persalinan anda. Cuma jangan lupa, satu- satunya ‘aksesori’ yang boleh menentukan kejayaan sesuatu look? Keyakinan diri. Kamu hendaklah selesa dan yakin dengan apa yang kamu gayakan. Tak kira pun cita rasa masing-masing, itulah peraturan pertama dalam bab bergaya.

“AKSESORI ADALAH EKSPRESI YANG SANGAT PERIBADI. ITULAH PERANANNYA (SEBAGAI PELENGKAP GAYA).”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.