Semoga Kembalilah Kita Kepada Fitrah & Fungsi

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Membesar dalam keluarga yang sederhana dan sentiasa punya landasan juga batasan dalam hidup dalam melakukan apa juga perkara membuatkan saya menjadi insan yang berhati-hati dalam bertutur, bertindak serta semuanya harus ditimbang tara terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Apa yang boleh dan tidak saya ucapkan, dengan siapa saya harus berkawan dan dengan siapa yang saya harus berkongsi cerita itu terlalu peribadi buat saya.

Namun ketika menginjak dewasa di sana sini slogan “Be Yourself” dilaung dengan visi hidup kita harus lebih bebas, kita berhak menjadi apa dan seperti apa yang kita mahu. Lantas perlahanlahan saya melihat banyak teman seusia semakin ke depan dan berani keluar daripada kepompong konvensional anak Melayu.

Ada banyak perkara yang baik tentang keterbukaan tetapi saya percaya kita masih perlu batasan. Kerana apa kita perlukan batasan? Kerana itulah garis panduan kita untuk tidak melangkau jauh daripada norma juga sensitiviti budaya serta agama yang paling utama untuk dihormati.

Namun hari ini nampaknya kita semakin okey meraikan sesuatu yang songsang sifatnya daripada lumrah alami. Perihal yang tidak boleh, hari ini dibolehkan dan dirai dengan penuh loud and proud – kerana apa? Kerana kita just being ourselves dan seperti slogan “Be Yourself” yang dilaungkan dulu, hari ini semua menjadi diri sendiri sehingga jauh lupa apa yang boleh dan tidak boleh untuk hidup sebagai manusia di dunia ini.

Saya tidak prejudis akan hal ini. Saya menghormati apa jua pendirian, pandangan dan individu bagaimana sekalipun orang sekeliling ingin membentuk corak hidup mereka. Saya tidak menilai malah saya okey melihat rencam dan warna mereka malah banyak juga benda baru yang saya tidak tahu tapi jadi tahu.

Cuma bagi saya sebagai manusia tidak perlulah kita menjadi terlalu provokatif dalam menyatakan pendapat sehingga menyinggung perspektif serta senstiviti. Jujur, it’s okay to have your own opinion tetapi jangan expect untuk orang suka, setuju dan menerima terbuka pandangan kita.

Apa yang jadi hari ini, semua mahu suara mereka didengari dan diterima atas tujuan komersil yang hujungnya bersifat keuntungan sebelah pihak semata. Perhatian diberikan pada mereka dan daripada jumlah perhatian tersebut satu cabang keuntungan dikutip. Dan dengan itu, apa kebanyakan kita kejar hari ini hanyalah tidak lebih daripada meraih perhatian umum.

Lumrah sesetengah kita hidup dalam dunia berdaya saing ini batasan bukan lagi panduan dalam kehidupan. Apa yang melawan arus norma memberi ganjaran berbentuk perhatian itu sudah ibarat satu kemenangan. Persoalan ‘Fitrah dan Fungsi’ kita sebagai manusia di muka bumi luas terbentang ini diketepikan demi mengejar Likes & Followers

Saya tidak pasti jika slogan “Be Yourself” itu telah disalah faham dan salah guna sehingga kita lupa fungsi dan tanggungjawab kita pada diri sendiri juga masyarakat. Adakah diri kita cukup sempurna untuk kita berdepang bangga menjadi diri sendiri serta menjadi ikutan baik? Mungkin slogan “Be Yourself” itu lebih tepat diganti dengan “Limit Yourself” kerana keterbukaan kita tidaklah menjadikan kita semakin bijak namun semakin jauh meninggalkan fitrah dan

fungsi kita sebagai manusia. We have Westernised

ourselves too far… Apa yang kita lakukan hari ini harus serba ekstra, harus serba berlebihan. Lihat saja corak pemasaran usahawan Melayu hari ini – baik lelaki mahupun wanita, semuanya berlebih-lebihan. Bila dikritik mereka melenting tapi mungkin mereka lupa siapa yang meminta perhatian sedemikian rupa pada awalnya.

Jujur saya seronok melihat hari ini semakin ramai anak muda yang sudah mencipta kemewahan dan bergelar jutawan pada usia 20- an tetapi entah mengapa terkadang melihat cara mereka menjual dan mengendalikan bisnes membuatkan saya resah dan tidak begitu senang.

Akses mudah pemasaran di FB dan Instagram digunakan dengan cara paling murah sifatnya. Tidak kiralah yang menjual produk kecantikan, hijab sehinggalah barang tiruan. Semuanya kelihatan tidak kena dan memualkan. Itu belum lagi insiden pelik menjual tudung di kelab malam?

Maka betul kata bos saya dalam bual panjang kami tentang duit dan kekayaan – semakin kaya seseorang usahawan itu semakin jauh mereka dengan teori logik dan waras. Satu campur satu bukan lagi dua. Satu campur satu di mata mereka harus beyond whatever limit yang sepatutnya. Jadi bila satu campur satu bukan lagi dua maka tudung dilancarkan dengan cara paling provokatif. Hanya kerana mahu go beyond and get as much attention they can sampai sudahnya memakan diri.

Semoga belajarlah kita sesuatu daripada apa yang berlaku. Kerana terlalu mahu mengejar nama, kemewahan dan kejayaan yang tiada berhujung, kita hilang pertimbangan logik dan kesederhanaan. Kembalilah kita pada fitrah, fungsi dan tanggungjawab kita sebagai manusia kerana yang terlindung hari ini hanyalah yang nampak di mata kasar tetapi yang bogel terbentang adalah peribadi buruk yang semakin memualkan. Memetik katakata Dalai Lama “Too much self- centred attitude is the source of suffering.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.