Sepatu Globetrotter

RANGKAIAN SNIKER PRA- BUNGA TERBARU DARI SALVATORE FERAGGAMO, CUBE MERUPAKAN PILIHAN YANG TEPAT BUAT SI PENGEMBARA METROPOLITAN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Setiap kelana urban sedar bahawa antara aksesori wajib-ada ialah sepasang kasut yang selesa untuk dibawa berjalan, juga tampak bergaya pabila merakam portret tatkala berlibur. Direka khas buat si kaki travel, Cube adalah koleksi terbaru barisan sepatu musim pra-bunga 2018 daripada Salvatore Feraggamo. Berkonsepkan minimalis dengan reka bentuk tirus, pelengkap gaya ini hadir dalam pelbagai gabungan material juga dipertingkatkan mutu pembuatan bersama perincian yang bergaya dan rekaan sisi tapak kasut yang amat distingtif.

Pembuatan tapak kasutnya menggunakan getah asli dengan gaya yang khusus juga berfungsi dalam memastikan si pemakai tampak lebih kemas dan bersedia untuk aktiviti kembara mereka. Tapak kasut ini juga boleh didapati dalam jaringan warna putih, biru laut, hitam dan kuning. Juga terdapat unsur berbentuk kubik pada hujung kasut yang nampak seperti ianya berterusan hingga ke dalam kasut. Selain itu, tapak kasut ini juga dibuat berpandukan keselesaan si pemakai di mana rekaan tapak berbentuk geometri digunapakai bagi meningkatkan pegangan yang kuat pada permukaan tanah serta imbangan yang setara pada bahagian paling banyak tekanan pada bahagian tapak kaki ketika melangkah.

Dalam pada itu, koleksi Cube ini mempunyai lapik lidah berpad yang unik pada bahagian atas, cetakan logo berona perak serta penggunaan perincian lelubang tali berlogam sememangnya menonjolkan lagi seri kasut ini. Sniker ini juga terdapat dalam variasi bermotifkan kulit kuda laut yang sememangnya sesuai digayakan pada musim panas ini. Buat si jejaka jetsetter koleksi kasut ini boleh didapati di butik Salvatore Ferragamo Suria KLCC, Pavilion KL, & The Gardens Mall.

TAPAK KASUT INI JUGA DIBUAT BERPANDUKAN KESELESAAN SI PEMAKAI DIMANA REKAAN TAPAK BERBENTUK GEOMETRI DI GUNA PAKAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.