Dad Style

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

GAYA SERTA STAIL PEMAKAIAN SEORANG BAPA SERING MENERIMA PREJUDIS SEBAGAI KETERAMPILAN YANG HANYA BERLANDASKAN SIKAP TANGKAP MUAT. KINI GAYA PEMAKAIAN ‘DAD STYLE’ TELAH MENJADI FENOMENA SERTA SUMBER RUJUKAN KEBANYAKAN JENAMA MEWAH BUAT HIMPUNAN TERBARU MUSIM BUNGA/PANAS 2018.

Sering kali bercakap tentang fesyen peribadi, para bapa pasti mendapat reputasi yang buruk kerana sekadar berpakaian biasa untuk aktiviti harian. Main ‘tangkap muat’ dengan fokus pada practicality, bukannya stylish. Misalnya, seluar kargo sarat poket, kasut sukan bulky, kemeja lengan pendek, fanny pack. Mungkin kerana setiap helaian yang disarungkan tak punya elemen yang menarik. Tetapi diskiriminasi ini telah ditepis lantang sebahagian pengarah kreatif rumah fesyen agung, lantas memasukkan elemen yang terdapat pada gaya ‘Dad Style’ ke dalam koleksi musim bunga/panas mereka.

Gaya yang diinspirasikan dari cara pemakaian seorang bapa ini telah menjadi trend besar di pentas peragaan London, Milan dan Paris musim ini. Stail unfashionable aesthetic yang sengaja diselami ini bermula dengan jenama Balenciaga di mana pereka Demna Gvasalia telah menjumpai nilai estetik yang unik dalam pemakaian harian para bapa yang kononnya boring. Buat musim bunga kali ini, Gvasalia mengeluarkan himpun ditujukan khas buat para bapa yang menginginkan suntikan baru dalam gaya pemakaian mereka. Maka, beliau mencipta serta memperbaharui kasut retro klasik menjadi sepasang kasut dempak yang menjadi rebutan masyarakat muda sekarang. Juga, pentas peragaan Balenciaga memperlihatkan setiap peragawan lelaki mendukung serta memegang tangan kanak-kanak bagi menjiwai watak seorang ayah keluar berjalan bersama anaknya dengan tujuan memberi impak yang nyata pada nilai estetik setiap helaian.

Di samping itu, David Beckham telah menjadi tumpuan utama dalam membawa gaya ‘Dad Style’ ini. Disebabkan beliau sentiasa kelihatan bersiap sejurus melangkah keluar dari perkarangan rumahnya. Sesetengah lelaki mudah panik apabila bergelar bapa, kerana mereka merasa tiada masa untuk diri sendiri selepas ini. Tetapi anggapan anda itu salah kerana apabila masa berlepas lalu anak anda mula membesar ke peringkat remaja, mereka dengan tidak langsung akan mengajar serta membawa anda ke dalam gelung masa yang membuatkan anda masih menjejaki trend fesyen terbaru serta masih lagi berupaya untuk bergaya walaupun usia meningkat tua.

TIPS: Selitkan bersama beberapa aksesori ke dalam persalinan anda seperti jam tangan mahupun cincin.

1. Barack Obama menyarung denim lusuhnya yang merupakan kunci item buat trend ini. 2. David Beckham bersama anak perempuanya Harper. 3. Demna Gvasalia pengarah kreatif Balenciaga. 2. 3. 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.