Glamor Karpet Merah

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

PENAMPILAN ANAK SENI YANG MELEWATI KARPET MERAH SEWAKTU PERLANGSUNGAN MUSIM ANUGERAH TEMPOH HARI NYATA MENCIPTA FENOMENA TERSENDIRI, TAK KURANG JUGA MENCETUSKAN TOPIK BUALAN. TANPA SINAR GAYA KARPET MERAH MAKA TAK MERIAHLAH ACARA YANG DIANJURKAN. MATA LENSA TIDAK PERNAH LEKANG DARI MERAKAMKAN GAYA FESYEN SELEBRITI DI KARPET MERAH. PERSOALANNYA, STAIL SIAPAKAH YANG TERBAIK KALI INI? FAN FAVOURITE: TIMOTHEE CHALAMET

Baru-baru ini, wajah segar yang lebih dikenali sebagai Timothee Chalamet kerap meniti dibibir para pengikut filem. Berikutan kemampuan lakonannya dalam filem Call Me by Your Name, di samping aktor Armie Hammer, juga filem Lady Bird bersama pelakon Saoirse Ronan, dia berjaya mengumpul bilangan peminat tersendiri. Ramai yang mula ambil tahu tentang keberadaan Timothee dan lebih mengujakan anak muda ini tercalon untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Oscars ke90, sebaris dengan pelakon senior lain, sekadar menyebut, Daniel Day Lewis, Gary Oldman dan Denzel Washington.

Sebaik pengumuman tersebut kedengaran, peminat filem meramal apakah mungkin Timothee berjaya meraih trofi Oscar pertamanya? Dia turut melakar sejarah pabila diumumkan sebagai nominasi pelakon lelaki terbaik untuk anugerah berprestij lain, seperti Golden Globes dan BAFTA. Namun, kemenangan tidak menyebelahinya kali ini.

Pun begitu, apa juga acara yang diadakan, Timothee sedaya upaya menghadirkan diri biarpun sibuk dengan tugas lain. Timothee tetap muncul kelihatan teruja sebagai tanda sokongannya terhadap lapangan seni. Padanya, peluang tersebut merupakan pengalaman berharga terutamanya buat pelakon muda. Tak semua anak wayang berpeluang sepertinya.

Stail yang dipersembahkan Timothee sepanjang musim anugerah memang patut diperkatakan. Bagi pelakon baru, it’s a huge thing pabila Timothee tampil di karpet merah dapat menggayakan helaian berjenama. Kami pasti, pereka-pereka fesyen berebut untuk mendapatkan Timothee memilih rekaan mereka.

Thom Browne, Calvin Klein, Berluti, Gucci, dan Saint Laurent antara persalinan yang membalutinya sepanjang musim anugerah 2018. Mengimbas red carpet looks Timothee, dia gemar sut berpotongan klasik, namun terlihat sentuhan moden pada pilihan warna, siluet dan aksesori yang dipadankan bersama. Untuk tidak kelihatan hambar dan mendatar, Timothee memadankan beberapa ‘looks’ dengan sniker, but hitam, tali leher rona terang supaya menonjolkan usia mudanya. Kelibat karpet merah Timothee sememangnya wajar dijadikan rujukan para lelaki tak kira usia dan stail peribadi. Seperkara tentang gaya karpet merah Timothee boleh diadaptasi oleh tiap lelaki yang bakal menghadiri majlis-majlis mewah h khususnya berkonsep formal.

Taruhan gaya segar Timothee menambat perhatian, oleh itu Timothee, kami gelarkan sebagai gaya selebriti terbaik di musim anugerah kali ini. GLAM Lelaki tak sabar nak tahu apakah gaya lain yang bakal disajikan Timothee tahun ini.

10. 1. THE NEW YORK FILM CRITICS CIRCLE AWARDS, THOM

BROWNE, 2. 2018 BAFTAS, SAINT LAURENT, 3. LONDON FILM CRITICS CIRCLE AWARDS, BERLUTI, 4. PRE- BAFTAS, SAINT LAURENT, 5. OSCARS, BERLUTI, 3. CRITICS CHOICE AWARD, THOM BROWNE, 7. OSCARS LUNCHEON, GUCCI, 8. THE GOLDEN GLOBES, BERLUTI 9. 2018 FILM INDEPENDENT SPIRIT AWARDS, OFF-WHITE, 10. SAG AWARDS, CALVIN KLEIN, 11. THE NATIONAL BOARD OF REVIEW ANNUAL AWARDS, THOM BROWNE

2. 5. 4. 6. 8.

1.

3. 7.

11.

9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.