Dinamisme Musim Bunga

SEMANGAT KESUKANAN DAN JIWA MENGEMBARA MEWARNAI HIMPUNAN AKSESORI KULIT BARU DARIPADA MCM

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Kemunculan musim bunga dan panas lazimnya mengisyaratkan energi segar dan aktif dengan rasa yang penuh warna. Dalam erti kata lain, bye, bye winter greys!

Semangat ini dapat dilihat meresapi ke dalam koleksi Spring/ Summer 2018 untuk MCM, jenama bagasi yang sering mencuri perhatian dengan rekaan-rekaan yang lazimnya dikaitkan dengan jiwa muda yang punya stail bold dan edgy – ini bukanlah jenama untuk si pemalu, ya. Dan apabila suatu koleksi itu dipanggil Viva Life!, sudah tentu kita gambarkan sesuatu yang penuh tenaga dan warna.

Selain pesona musim bunga – yang paling jelas dizahirkan dalam Koleksi Floral yang ultra-feminin – gaya hidup sukan dan pengembaraan turut dijadikan ilham utama himpunan MCM kali ini. Antaranya, lencana-lencana yang biasa dilihat pada uniform pelumba motor dijelmakan dalam rekaan motif Victory Patch, yang disusun secara berselerak sebagaimana sticker pengembaraan yang pernah menghiasi bagasi vintaj. Dan permainan grafik pada siri Stark Chevron Visetos pula, yang hadir dalam versi beg galas dan duffel, dan juga seleksi strap bercorak belang seolah- olah merujuk dinamisme corak pakaian yang lebih sporty.

Sekiranya Koleksi Floral pastinya menjadi igauan kaum Hawa, di antara seleksi yang bakal mencuit hati jejaka yang mahukan beg yang punya fungsi dan karakter pula, pengenalan model baru Kreuzberg semestinya meletakkannya dalam senarai beg wajibmilik. Dengan siluet yang tampak vintaj, beg galas bersaiz besar ini memberi penghormatan pada salah satu rekaan asli dalam arkib jenama. Ia satu aksesori maskulin yang tampil dalam versi klasik sarat monogram dan juga rekaan lebih kontemporari dengan motif Gunta M Stripe Visetos, yakni permainan grafik huruf M yang diinspirasikan daripada hasil kerja artis tekstil dari Jerman, Gunta Stölzl.

Sebagai satu jenama yang direka khas untuk si nomad global, koleksi MCM musim ini menjamin tidak kira di mana pun perjalanan anda, setiap ekspedisi itu bertambah istimewa dengan aksesori yang bukan saja mampu memenuhi tuntutan storage si pengembara, tapi juga boleh menjadi cerminan ekspresi peribadi anda dalam bahasa visual yang cukup distingtif.

Rekaan baru beg galas Kreuzberg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.