Gerak Tari Roberto Bolle

JENAMA MEWAH TOD’S TERUS MEMPAMERKAN KEASLIAN IDEAL GAYA HIDUP ITALI DENGAN GAYA IKLANNYA. BAGI KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2018, JENAMA KULIT MEWAH INI MEMILIH PENARI BALET KELAHIRAN ITALI, ROBERTO BOLLE, SEBAGAI WAJAH PENYERI KEMPEN TERBARU MEREKA.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

PERASAAN ANDA SELAKU WAJAH SS18 UNTUK TOD’S? Saya amat berbesar hati. Saya sangat gembira menjadi duta besar Tod’s sekali gus mewakili kecemerlangan pembuatan Itali yang terbaik. Bukan sahaja untuk kualiti produknya yang tinggi, tetapi juga nilai jenama dan menjadi sebahagian daripada DNA-nya, yang ditunjukkan kepada seluruh dunia.

APAKAH PERANAN BERFESYEN DALAM KERJAYA DAN KEHIDUPAN ANDA? Saya dibesarkan di Milan dan saya telah menetap di sini selama bertahun-tahun. Milan adalah salah satu bandar yang penting dan sesuai untuk berfesyen serta bergaya. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk saya mengikuti trend fesyen yang sering berubah, tetapi sikit demi sedikit tahun berlalu saya semakin serasi dengan dunia ini.

BAGAIMANAKAH GAYA PERIBADI ANDA BERSESUAIAN DENGAN DUNIA TOD’S? Saya suka kualiti dan gaya produk Tod’s bersama dengan reka bentuk yang kemas, ringkas serta berkelas mewah. Ia tidak perlu megah menunjukkan bahawasanya jenama Tod’s ini berkelas tinggi sama sekali. Kerana ada keanggunan di setiap pembuatan barangannya di mana di situlah saya dapat mengenali diri saya dan itu mencerminkan gaya saya.

BAGAIMANA ANDA MENENTUKAN TOD’S SEBAGAI JENAMA FESYEN YANG UNGGUL? Bagi saya Tod’s mewakili jenama berkualiti tinggi, berkelas elegan dalam penggayaan. Ia merupakan duta besar untuk warisan ketukangan Itali yang dikenali di seluruh dunia. Gaya hidup yang berkualiti dan nilai positif dalam setiap pembuatan produknya membuatkan Tod’s berbeza daripada jenama mewah lain, kerana semua itu sememangnya sebahagian daripada DNA jenama ini.

APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA MINAT UNTUK MENYERTAI DUNIA

BALET? Mula berminat dalam dunia balet ini ketika saya melihat rakan saya, yang berumur 6 tahun, pada masa itu berlatih untuk kelas tarian klasik balet ini. Saya tertarik dengan pergerakan yang dibuatnya dan saya teringin mencuba. Sejak dari itu, saya mula suka dan sentiasa mengikuti minat saya, walaupun pada usia 11 tahun saya terpaksa meninggalkan keluarga dan kampung saya untuk datang ke Milan semata-mata untuk mengejar impian saya belajar tarian klasik balet di sekolah Teatro alla Scala. Minat dan usaha ini tidak pernah terpadam sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.