Unik Dan Luar Biasa

LAHIR ATAS SEMANGAT DUA SAHABAT MERANGKAP USAHAWAN, LE RHÖNE ADALAH RELATIF BARU BUAT LAPANGAN ARLOJI.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: Le Rhöne

Dua bersahabat ini sudah saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi di Venezuela. Loïc Florentin dan Timo Rajakoski, masing-masing punya karier bersama kumpulan jenama mewah dunia sebelum menubuhkan Le Rhöne pada tahun 2013. Berilhamkan ketukangan, kecemerlangan dan kreativiti, jenama ini mahu menciptakan jam tangan yang mampu menggoncang dunia arloji dengan himpunan jam yang bernadikan haute horlogerie. Kearifan dan state of mind mereka menjadi kekuatan dalam perniagaan.

Paling utama setiap jam tangan Le Rhöne digarap oleh artisan berbakat yang berpangkalan di bengkel terkemuka di Switzerland. Di mana para artisan ini sangat menghargai tradisi ketukangan pembuatan jam. Kearifan pengetahuan mengenai ketukangan bergabung sama idea berani pengasas menciptakan inti pati jam tangan Le Rhöne yang punya piawaian kualiti tertinggi bersentuhan kemodenan masa kini. Nadi pergerakannya dibangunkan langsung dihasilkan di Switzerland, berdasarkan piawaian kualitatif tertinggi bagi menyesuaikan dengan teknologi tinggi seleksi jam tangannya. Dibangunkan dalam bengkel terkemuka yang penuh berpengalaman, setiap pergerakan benar-benar diolah mengikut warisan arloji Switzerland kerana matlamat Le Rhöne adalah untuk memukau para pengumpul jam tangan di seluruh dunia.

Tertumpu pada pembuatan jam tangan yang unik lagi luar biasa, Le Rhöne mahu menyuntik semangat untuk impian para pencinta arloji kala memperibadikan jam tangan sendiri. Sebagai pelanggan, anda boleh memilih bahan serta kemasan yang berbeza buat jam tangan sendiri. Anda boleh mengubah jam tangan lantas menjadi karya unik yang dibuat made sur-mesure dalam jangka masa singkat. Berbalik pada kekuatan Le Rhöne yang mahu memberi tumpuan kepada jam tangan eksklusif lagi cemerlang. Para artisan ini tidak pandang enteng malah mahu menyumbang untuk memperibadikan jam tangan anda kepada realiti. Hanya perlu pilih bahan, kemasan dan warna yang dikehendaki, secara tidak langsung anda melampiri sendiri konsep jam tangan unik lagi peribadi.

BUAL BICARA BERSAMA LOÏC FLORENTIN BILA LE RHÖNE DIASASKAN? Le Rhöne sudah wujud sejak Januari 2013. Projek ini terus berlegar dalam kotak fikiran saya selama bertahun-tahun. Langsung saya memperkukuhkan asasnya pada 2012 dan mendaftarkan pada Januari 2013. PASARAN TERHEBAT LE RHÖNE? Kami diterima baik di Amerika Latin. Saya sudah membina kerjaya di Amerika dan ini juga adalah salah satu sebab kita kuat di sana. Kami masih sedang berusaha untuk mencari key players di Baselworld untuk rakan kongsi serta imej yang tepat untuk jenama kami. APA YANG MEMBUATKAN LE RHÖNE UNIK? Berusaha untuk menawarkan kualiti terbaik malah terus bekerja dengan artisan yang hebat untuk setiap bahagian jam tangan. Dari bahan, pergerakan sehingga reka bentuknya. Kami mahu produk kami 100% dibuat di Switzerland. Dan kini dengan himpunan haute horlogerie, kami sebaiknya akan membikin jam tangan ini dalam tempoh masa yang singkat. Namun, tetap menjamin kualiti yang tiada tandingannya.

“TERUS MAHU MENGGONCANG DUNIA DENGAN PENAWARAN UNIK BERNADIKAN HAUTE HORLOGERIE, KEGHAIRAHAN KEDUANYA YANG MENGAGUNGKAN KETUKANGAN, KECEMERLANGAN SERTA KREATIVITI.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.