Fattah Amin

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

FENOMENA #FATTZURA TERUS DIPERDENGARKAN SEKALIPUN SUDAH KE JINJANG PELAMIN. DARI DINOBAT HERO REMAJA KE PELAKON EKSTRA TERUS MEMERANKAN WATAK UTAMA. METAMORFOSIS FATTAH AMIN SEBAGAI ANAK SENI TEMPATAN TIDAK LANGSUNG DIDUGA EMPUNYA DIRI.

Teks: Zuhairie Sahrom Penyelaras & Penata Gaya: Johan Kasim & Arie Sampornak Dibantu Oleh Farid Aniq Arahan Seni: Zulkifli Sulaiman Dibantu Oleh Shane Rohaizad Gambar: Aaron Lee (Lenswork Production) Grooming & Rambut: Fendi Sani Fattah Amin dan Fazura menggayakan himpunan Musim Bunga/Panas ‘18 ilham Coach

Aku akui s segalanya tentang merpati dua sejoli ini i boleh terus diakses menerusi laman l sesawang. Dari pernikahan secara tertutup sehingga ke pe persandingan anding dua sesi dalam satu hari! I lost track a and I rest my case! Keduaduanya menjadi men buah mulut masyarakat da dari segenap egenap lapisan umur. Baik lelaki m mahupun upun pe perempuan. Dari kanak-kanak ke golongan yang lebih dewasa. Semua ingin tahu m mengenai dua selebriti paling popula popular tanah air ini. Tanggal 1 F Februari, ari, men mengambil lokasi di studio p produksi ksi Lensworks Len Sungai Besi, kami merencanaka merencanakan penggambaran edisi istimewa a GLAM GLA Lelaki X Coach bersama # Fattzura! Ya, mereka sungguh mesra berdua. Mungkin ada yang lemas, tapi aku tidak punya masalah menyaksikan sorotan cinta mereka berdua. Sudahnya membuatkan aku menghargai betapa cinta itu sungguh manis. Like, for real!

Helaian himpunan musim terbaru Coach sudah tersedia bergantungan pada rel. Tidak lupa juga, seleksi aksesori terpilih yang sedia menunggu untuk diperagakan oleh keduanya. Hadir tepat pada masa yang dijadualkan, suara Fazura memecahkan suasana pagi itu. “Good morning guys! Let's make it happen,” teriak Fazura keriangan membawa vibe positif. Bertemankan senarai lagu kegemaran Fazura dan Fattah, penggambaran berjalan sempurna. Siapa kata Fazura berlagak Diva dan tidak komited? Not with us. Not this time! Kami saling memudahkan kerja masing-masing agar lancar perencanaan hendaknya. Edisi istimewa ini adalah projek kolaborasi bersama Coach Malaysia bersama GLAM Lelaki serta GLAM. Kami mengambil sehari suntuk melampiaskan penggambaran untuk sisipan ruangan majalah dan kemudian beralih ke kandungan digital esok harinya.

Mengenali personaliti Fattah tidak sukar. Begitu juga dengan Fazura. Mungkin aura inilah yang dinilai dari mata peminat yang berbilang usia. Kalau duduk bual kosong bersama pakcik dan makcik di kampung, semuanya senang berbicara mengenai pasangan ini. Usai penggambaran aku duduk mewawancara si jejaka tampan berketinggian enam kaki ini. Bermula dengan latar belakang, sekalipun aku pasti sudah satu Malaysia tahu akan asal usul jejaka ini. “Abdul Fattah bin Mohd Amin. Dilahirkan pada 14 September 1990. Saya adalah anak sulung daripada empat beradik dan membesar sepenuhnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur,” kata pelakon merangkap penyanyi, pengacara juga peragawan ini. Tambahnya kemudian, “Usai SPM, saya melanjutkan pengajian diploma dalam jurusan Pengurusan Bisnes di MMU. Namun, berubah arah dengan mendaftarkan diri dalam Pengurusan Industri Kreatif di UiTM,” terang Fattah yang mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn.

“Kini saya masih menelaah dalam pengajian jarak jauh bagi program yang sama di UUM kerana saya tidak dapat ikuti secara sepenuh masa sewaktu di UiTM. Saya mendapat surat tawaran kemasukan pada hari yang sama saya diterima masuk untuk mengikuti pencarian Hero Remaja bagi sesi 2011/ 2012. Saya mengambil keputusan untuk membuat kedua- duanya. Namun, tidak berdaya selepas satu semester kerana dinobatkan sebagai Hero Remaja. Kala itu saya tidak mampu fokus kerana sudah mula menerima tawaran lakonan yang bermula sebagai pelakon ekstra. Saya membina kerjaya sehingga berjaya memegang watak utama menerusi drama TV, Playboy Itu Suami Aku di slot Akasia, TV3. Debut lakonan saya menerusi kaca televisyen adalah pada tahun 2013. Saya akur saya tiada latar belakang seni lakonan dan sedia menyahut cabaran. Mengapa perlu kita sekat rezeki, bukan?”

Kritikan demi kritikan dilanda pemuda ini. Bukan saja netizen, bahkan orang industri sendiri menyuarakan pendapat atas mutu lakonan Fattah. Katanya ‘kayu’. Aku bertanyakan pendapatnya kerana melihatkan puluhan drama TV juga telefilem terpampang akan mukanya memegang watak utama. Benar atau tidak, masakan diberi peluang demi peluang atau mungkinkah industri hiburan itu sendiri mahukan rating menggunakan populariti Fattah Amin semata? “Sebagai insan yang dipinjamkan dari-Nya, saya tidak bersandarkan semata pada paras rupa saya untuk mencari rezeki. Sehingga ke hari ini saya memperbaiki reputasi serta prestasi mutu lakonan saya. Seiring dengan pengalaman yang diperolehi, saya bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya lakonan saya,” tutur Fattah yang cukup bersikap terbuka untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Selautan peminat tidak putusputus menyokongnya dari belakang. Aku kagum. Ini terbukti dengan satu juta hashtag # fattzura yang dikongsi bersama hanya di laman Instagram. Tidak termasuk perkongsian di platform digital yang lain. Aku kira dengan kemenangannya untuk tahun lepas sebagai Bintang Paling Popular, sudah cukup untuk membuatkan para haters jahit mulut terus mendiamkan diri. “Saya tidak mengambil kritikan itu sebagai perkara negatif. Tetapi lebih

“SAYA TIDAK BERSANDARKAN SEMATA PADA PARAS RUPA SAYA UNTUK MENCARI REZEKI. SEHINGGA KE HARI INI SAYA MEMPERBAIKI REPUTASI SERTA PRESTASI MUTU LAKONAN SAYA.”

baik untuk tidak membaca komen yang melampau kerana tipulah kalau emosi saya tidak terganggu. I think it’s normal in Malaysia, jika dikritik dek membuat sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. If you’re the first to do it, prepare yourself for the worst. Saya menyanyi pun kena kritik, inikan lagi menulis buku. Tapi itu semua adalah rezeki yang diberi oleh Ilahi. Setiap perkara yang saya lakukan niat saya adalah ikhlas. Wanita Terakhir menjadi lagu domestik paling banyak diputarkan di radio. Kemudian buku saya dinobatkan Buku Paling Popular (di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017). Ini semua adalah hasil titik peluh saya. Sudah tentu saya mahu menjadi pelakon terbaik dan bagi saya, setiap pelakon patut jadi yang terbaik. Begitu juga dengan bisnes. Produk menjadi sukses kerana strategi pemasaran yang bagus. Mengapa perlu mempersoalkan kejayaan itu?” Terang hero drama Suri Hati Mr. Pilot yang menjadi kegilaan satu negara.

“Peminat ada banyak jenis. Ada yang suka mutu kerjanya, ada juga yang suka akan pesona atau sikapnya. Saya sendiri masih terpegun kerana saya punya peminat yang cukup memahami. Ini cukup phenomenal bagi saya bila ada budak kecil melihat drama TV Suri Hati Mr. Pilot. Juga bila ada yang menyanyikan lagu saya, tidak kira lapisan umur. Saya meninggalkan kesan kepada mereka. Biar di Malaysia, mahupun Singapura, Brunei serta Indonesia. Mereka melihat kita dengan pelbagai perspektif yang berbeza. I‘m being real dan ikhlas. Sebagai selebriti saya minta jauhkan kontroversi.”

Mengatur langkah bergelumang panas dengan kontroversi tidak pernah akan berkekalan. Tujuan kontroversi itu sendiri memperlihatkan cerita negatif. Kita sebagai manusia senantiasa ingin melangkah ke hadapan, mengapa perlu terbinasa kerana madah kontroversi? Mengapa ingin menjejaskan reputasi? “Saya sama sekali tidak percaya dengan kontroversi untuk menaikkan nama

“MATLAMAT SAYA SEBAGAI ANAK SENI ADALAH UNTUK MEMBERI INSPIRASI KEPADA ORANG RAMAI. SEKIRANYA SAYA DAPAT BERTAHAN DALAM INDUSTRI. “

dalam arena seni hiburan tanah air. Sebaliknya, kita memerlukan pelan untuk perencanaan kerjaya yang cemerlang. Kalau ada pengurusannya lebih bagus. Bayangkan kalau kita buat semuanya sendiri kerana tidak semua pelakon punya pengurusan sendiri. Ya, ada pihak yang menguruskan saya, akan tetapi mereka tahu apa yang saya mahukan. Bukannya saya serah semuanya bulat-bulat.”

“Yakinilah janji Allah bahawa setiap manusia telah ada rezeki untuknya.

Kejayaan saya hari ini adalah untuk famili yang sudah menjadi tulang belakang sejak mula saya berkecimpung. Saya datang dari keluarga yang serbaserbi sederhana. Ayah hanya kaki tangan awam, ibu pula suri rumah tangga. Demikian saya hargai semuanya kerana saya yang sulung. Sekali gus, punya tanggungjawab untuk taat kepada keluarga juga membantu mengurangkan beban. Itulah yang membakar semangat saya dengan bekerja keras untuk hari ini. Matlamat saya sebagai anak seni adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai. Sekiranya saya dapat bertahan dalam industri. Selebriti itu sendiri adalah contoh. Netizen tengok kita. Baik ke buruk. Sedikit ke banyak pengikut. Kita seperti ahli politik cumanya dalam bidang seni. Meletakkan nama dan personaliti dalam masyarakat adalah penting. Saya ceritakan jalan hidup saya, berkongsi dengan peminat kerana saya ingin memberi input positif kepada mereka. Guna populariti di tempat yang betul bukankah baik?” cerita Fattah panjang.

Tidak berniat untuk menyembunyikan perihal pernikahan kerana perkara itu disifatkan terlalu peribadi, Fattah dan Fazura mula menjalinkan hubungan sekitar tujuh bulan lalu. Sejak keduanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella. “Membina gerbang rumah tangga bersama Fazura sudah pasti membuatkan kehidupan saya berubah. Tapi bukanlah 180 darjah. Apabila ada isteri, tanggungjawab saya lebih besar. Jodoh, rezeki dan ajal bukan kerja kita. Aturan Allah untuk saya sangat indah. Dipertemukan dengan Fazura, dari sekadar sahabat terus lanjut bertunang dan bernikah. Kami erat dan punya persefahaman. Saya sebenarnya adalah peminat dia. A big fan as matter of fact. Kami sebelum ini pernah berlakon bersama dalam Manisnya Cinta. Waktu itu saya hanya pelakon ekstra. Memang tidak dipandanglah waktu itu! Seperti yang saya katakan, aturan Allah itu indah. Waktu itu tidak sempat pun nak tangkap gambar bersamanya kerana saya peminatnya” gelak Fattah kecil.

“Kini beralih bergelar isteri. Fazura adalah wanita sempurna. Kesempurnaan itu saya nampak bukan hanya pada dirinya malah termasuk kaum keluarganya. Kita tidak hanya berkahwin dengan si dia tapi juga kaum keluarganya. Saya diterima seadanya juga dilayan cukup mesra,” cerita Fattah yang menikahi jelitawan tanggal 27 November yang lalu.

“Susah untuk saya berdiri di sebelahnya jika mahu berbicara mengenai gaya. Dia ikon stail. Dari dulu lagi. Dia ada House of Doll. Fazura bijak bergaya. Sebagai selebriti saya juga perlu memikirkan cara untuk saya bergaya. Bila sudah berkahwin dia banyak memberi nasihat. Dahulu saya adalah individu yang selesa dengan baju-T berkolar bulat dan memakai jeans bersama sniker. Comfortable and casual. Bila sudah berkahwin saya mula melengkapkan persalinan dengan menyarungkan jaket. Jam adalah satu aksesori yang tidak boleh saya tinggal. Sejujurnya bila bersama Fazura, ia membuka diri saya untuk menilai juga untuk mengenali jam tangan bernadi automatik. Senang kata, menghargai kearifan para artisan arloji dalam karya penciptaannya.”

“Saya memang orang yang pakai jam sejak sekolah lagi. Namun, sejak bergelar selebriti saya memakai jam pemberian peminat ataupun daripada klien. Saya tidak boleh recall bila saat akhir membeli sewaktu sudah menjadi selebriti,” kongsi pemuda ini yang kini mula selesa mengenakan kemeja polo serta terlihat jam tangan Hublot di pergelangan tangan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Fattah sempat berkongsi projek terbarunya. “Kini saya fokus menerokai bidang keusahawanan dengan produk sendiri yakni makanan gantian nasi, MRP. Manakala, kafe Stalkers di Kota Damansara pula ditampilkan aras kedua untuk ruang acara. Ibu menguruskan kafe sepenuhnya. Hasrat saya membuka Stalkers adalah kerana melihat aspirasinya sejak kecil lagi. Tahun ini juga memperlihatkan filem pertama saya, KL Special Force, yang sudah mula ditayangkan awal bulan Mac yang lalu. Kami sudah membuat penggambaran dua tahun yang lalu dan saya letakkan harapan yang tinggi untuk filem ini. This is another side of me. Saya sukakan seni mempertahankan diri sejak di bangku sekolah lagi. Saya buat stunt sendiri, hopefully membuka mata penonton kerana watak romantik seperti sudah terpahat dengan nama saya. Saya mahu jadi versatil dan mungkin Fattah boleh jadi Tom Crusie Malaysia. Macam tu, haha,” katanya sambil gelak besar.

“IF YOU’RE THE FIRST TO DO IT, PREPARE YOURSELF FOR THE WORST.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.